View: 11435|Reply: 0
|
[Kelantan]
Lebih 100 kenderaan terkandas di Jalan Gua Musang-Lojing
[Copy link]
|
|
LEBIH 100 kenderaan terkandas di laluan Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Pos Blau apabila laluan utama itu dinaiki air sejak 6 pagi tadi. FOTO Paya Linda Yahya
Gua Musang: Lebih 100 kenderaan yang membabitkan 300 pengguna terkandas apabila Jalan Gua Musang-Lojing di Pos Blau dinaiki air sejak pagi tadi.
Tinjauan mendapati kenderaan terkandas di kedua-dua arah sejak 6 pagi disebabkan hujan lebat dan berlaku limpahan air.
Suhaimi Harun, 43, berkata, dia bersama keluarga dalam perjalanan ke Cameron Highlands, Pahang untuk bercuti apabila terkandas di lokasi itu pada 8.30 pagi.
"Air melimpah di atas jalan dan kini sudah sudah lebih empat jam saya, isteri dan empat anak terkandas di sini.
"Kami sepakat untuk menunggu dan akan meneruskan perjalanan selepas air surut kerana sudah merancang ke Cameron Highlands pada cuti sekolah ini," katanya ketika ditemui.
Hazwan Mat Hazim, 36, berkata, dia bersama 10 peserta konvoi motosikal dalam perjalanan pulang ke Tanah Tinggi Lojing selepas menghadiri program di Temerloh, Pahang.
"Kami sampai di sini kira-kira 6 pagi dan terkejut melihat air sudah melimpah di atas jalan utama. Sehingga sekarang sudah lebih enam jam kami di sini, menunggu air surut.
"Jalan ini memang kerap naik air jika hujan lebat kerana Sungai Brooke melimpah. Kami biasa lalu jalan ini. Diharap ada tindakan segera diambil pihak berkuasa," katanya.
Tambahnya lagi, jalan itu adalah jalan utama bagi pengguna ke Cameron Highlands dan penduduk tempatan serta Orang Asli ke Bandar Gua Musang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-gua-musang-lojing |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|