View: 5005|Reply: 0
|
Ten Hag yakin United mampu bangkit
[Copy link]
|
|
Ten Hag yakin United mampu bangkit
PENGURUS United, Erik ten Hag. FOTO Agensi
London: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag percaya nasib pasukannya mampu berubah sebaik pemain utama kembali pulih daripada kecederaan yang melumpuhkan kekuatan pasukan itu.
United sebelum ini terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan hasrat mempertahankan Piala LIga Inggeris juga tidak kesampaian.
Malah, peluang merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) juga sudah berakhir sebelum Krismas dan ia memaksa Ten Hag perlu memastikan tiket ke saingan Eropah untuk musim depan kekal menjadi milik mereka.
"Kami masih dibelenggu beberapa keraguan tentang kecederaan," kata pengurus United itu.
"Beberapa pemain kami jatuh sakit pada minggu ini jadi kami perlu pantau siapa yang boleh diturunkan. Semoga mereka segera pulih tetapi kami kena menelitinya.
"(Casemiro dan Lisandro Martinez) belum tersedia sebelum Krismas, jadi kami jangka mereka akan kembali pada pertengahan bulan depan.
"Mason Mount juga begitu. Khidmat Harry Maguire saya sudah jangkakan dari awal lagi dan Victor Lindelof juga belum sedia dipertaruhkan," kata Ten Hag.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nited-mampu-bangkit
|
|
|
|
|
|
|
| |
|