CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11372|Reply: 0

[Kelantan] Bina bangsal untuk berlindung ketika banjir

[Copy link]
Post time 22-12-2023 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Bina bangsal untuk berlindung ketika banjir


Syaherah Mustafa
[email protected]



Rosilawati membina pondok untuk diduduki ketika banjir. FOTO SYAHERAH MUSTAFA




Rantau Panjang: Suami isteri membina bangsal menggunakan kayu terbuang untuk berteduh sepanjang banjir memandangkan kediamannya dinaiki air separas empat (m) serta tidak selamat untuk didiami di Kampung Baru, Jalan Lubok Stol, di sini.

Rosilawati Idris, 53, berkata, rumahnya adalah yang paling awal dinaiki air dengan paras yang tinggi di kawasan terbabit kerana kedudukannya yang agak rendah dari jalan utama.

Katanya, sejak tiga tahun lalu, dia dan suami, Mohd Rosli Sulaiman, 51, membina bangsal di pinggir jalan yang mana lokasinya lebih tinggi dari kediaman asal mereka.

"Bangsal ini dibina berdekatan rumah kami sahaja yang jaraknya hanya 150 m. Jadi, kami boleh keluar menyelamatkan diri di bangsal ini sambil memantau keadaan rumah sepanjang musim banjir.

"Kami membinanya dengan menggunakan kayu serta zink terbuang dan hanya mengeluarkan modal sekitar RM200 untuk tambahan peralatan lain. Alhamdulillah, sekarang ia boleh menjadi tempat berteduh buat kami sekeluarga termasuk tiga anak berusia 13 sehingga 26 tahun.




"Sejak adanya bangsal ini, kami tidak lagi perlu bersesak untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana lebih selesa di sini dan yang paling penting selamat untuk kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di bangsal miliknya di Kampung Baru, Lubok Stol, di sini.

Rosilawati berkata, pada bah besar Februari lalu, bangsalnya juga dimasuki air mencecah 0.3 m di bahagian dalam pondok, namun bersyukur kerana tidak terus meningkat dan mereka sekeluarga tetap berteduh di situ.

"Bangsal ini dilengkapi dengan dapur serta bilik kecil serta tandas hanya untuk membuang air kecil. Selain itu, hanya keperluan asas serta beberapa helai pakaian sahaja dibawa memandangkan kami biasanya akan berada di sini, selama empat hari sehingga seminggu sahaja.

"Dari segi keselamatan, kami bersyukur kerana agensi keselamatan seperti polis dan juga Angkatan Tentera Malaysia sering membuat rondaan di kawasan ini terutama sepanjang musim banjir.

"Kami jaga bangsal dengan baik kerana hampir setiap tahun ia digunakan ketika bah, jadi pada hari biasa kami akan pastikan ia terkunci serta dibersihkan sentiasa," katanya yang bekerja di ladang sawit di sekitar penempatan berkenaan.



Disiarkan pada: Disember 22, 2023 @ 8:51am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.660890 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list