CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4336|Reply: 0

[Kelantan] Penganggur warga Thailand ditahan edar 11.8 kg pil kuda

[Copy link]
Post time 21-12-2023 05:57 PM | Show all posts |Read mode
Penganggur warga Thailand ditahan edar 11.8 kg pil kuda

OlehADILA SHARINNI WAHID
21 Disember 2023  03:17pm


Muhamad Zaki (dua dari kiri) melihat pil-pil kuda yang dirampas dalam sidang akhbar di IPK Kelantan pada Khamis.



KOTA BHARU - Seorang penganggur warga Thailand ditahan polis ketika mengedar 11.8 kilogram (kg) pil kuda bernilai RM651,475 di Jalan Kuala Krai, Tunjong dekat sini pada Rabu.

Suspek yang berusia 36 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan pada jam 11.45 malam.



Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan dilakukan atas maklumat berkaitan kegiatan dadah di lokasi terbabit.


Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan beg galas yang dibawa oleh suspek.




Menurutnya, polis sebelumnya melihat sebuah kereta jenis Perodua MyVi berwarna biru di kawasan lapang di jalan berkenaan sebelum penumpangnya dilihat keluar dari kereta terbabit



“Lelaki terbabit keluar dari bahagian penumpang hadapan sambil membawa satu beg galas berwarna hitam.

“Polis menghampiri kereta tersebut dan membuat hadangan, tiba-tiba pemandu Perodua MyVi berkenaan bertindak merempuh dua kenderaan polis dan memecut ke arah Tunjong meninggalkan penumpangnya di lokasi terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pada Khamis.

Muhammad Zaki berkata, pemandu dan kereta tersebut gagal dikesan polis manakala penumpang juga suspek lelaki warga Thailand berjaya ditahan dan merampas beg berwarna hitam terbabit untuk melakukan pemeriksaan.




“Hasil pemeriksaan menjumpai kira-kira 100,000 pil kuda dianggarkan seberat 11.8 kg yang bernilai RM651,475.
“Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti suspek terlibat dengan sindiket dari negara jiran atau tidak dan bagaimana bekalan ini masuk ke Kelantan,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan suspek direman selama tujuh hari bermula pada Khamis.


Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan bungkusan yang mengandungi pil kuda.




Dalam pada itu, Muhammad Zaki berkata, seramai 626 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan Akta Racun 1952 melalui Ops Tapis Bersepadu mulai 12 hingga 20 Disember lalu.

“Kesemua tangkapan berusia antara 17 tahun hingga 55 tahun terdiri daripada 606 warga tempatan termasuk seorang pelajar sekolah, seorang penjawat awam manakala 20 lagi tangkapan ialah warga asing.

“Dalam operasi itu, polis berjaya merampas dadah bernilai RM760,169 dan menyita harta berjumlah RM22,500 dengan keseluruhan rampasan sebanyak RM782,669,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.258267 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list