CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10502|Reply: 0

[Kelantan] 6 lelaki dicekup jual rokok, arak seludup kepada pekerja ladang

[Copy link]
Post time 19-12-2023 04:17 PM | Show all posts |Read mode

Wan Jamal Abdul Salam (kiri) menunjukkan rokok seludup yang dirampas pada sidang akhbar di Wisma Kastam, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Enam lelaki termasuk seorang warganegara India dan Orang Asli dicekup selepas didapati menjual sebanyak 825 karton rokok dan arak seludup yang bernilai lebih RM136,507 termasuk cukai dalam serbuan di tujuh buah kedai runcit di Gua Musang dekat sini, minggu lalu.

Kesemua suspek yang merupakan pekerja dan pemilik premis berusia dalam lingkungan 30-an hingga 50-an itu ditahan semasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menjalankan Ops Label Palsu di daerah tersebut pada 11 hingga 13 Disember lalu.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pihaknya menjalankan serbuan di premis-premis di Lojing, sebahagian kawasan di Cameron Highlands, Pahang dan sekitar daerah tersebut selepas menerima maklumat orang awam yang mengenai kegiatan kedai runcit menjual rokok dan arak seludup.

Menurutnya, semasa serbuan dijalankan, anggota JKDM mendapati peniaga di premis terbabit menjual rokok dan arak tersebut secara sembunyi.

“Peniaga dan pekerja di premis itu didapati menyembunyikan barangan terbabit dan hanya akan dijual sekiranya diminta oleh pelanggan.

“Siasatan mendapati, kedai runcit itu menyasarkan jualan barangan seludup tersebut kepada pekerja-pekerja ladang di daerah tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, secara keseluruhannya, JKDM Kelantan merampas sebanyk 825 karton yang berisi 165,008 batang rokok pelbagai jenama dan lebih 279 liter minuman keras.

Menurutnya, selain itu, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey yang dipercayai digunakan oleh salah seorang peniaga premis tersebut.

“Siasatan mendapati, MPV itu merupakan kenderaan klon dan ia dibawa masuk ke negara ini dari Singapura. Kita masih menyiasat modus operandi yang digunakan oleh penyeludup untuk membawa masuk barangan tersebut sama ada menggunakan jalan laut atau dari negeri di sebelah barat Semenanjung,” ujarnya.

Menurut Wan Jamal Abdul Salam, lima suspek warga tempatan sudah dibebaskan dengan jaminan antara RM5,000 hingga RM6,000 manakala warganegara India itu pula ditahan reman selama 14 hari bermula 13 Disember lalu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 32(1) Akta Eksais 1976. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ada-pekerja-ladang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.047817 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list