CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4837|Reply: 0

[Terengganu] Air sudah melimpah, tapi siren banjir tak berbunyi’

[Copy link]
Post time 16-12-2023 12:20 PM | Show all posts |Read mode

PPSK Felcra Gunung Menerong, Hulu Terengganu yang dilanda banjir sejak semalam.

HULU TERENGGANU – Penduduk Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong di sini mendakwa siren amaran banjir yang dipasang berhampiran di Sungai Berang gagal berfungsi sewaktu perkampungan mereka mula ditenggelami banjir kelmarin.

Siren amaran banjir tersebut tidak berbunyi seperti kebiasaan sewaktu air Sungai Berang dan Sungai Peris berhampiran sudah mula melimpah pada pukul 5 pagi.

Seorang penduduk, Nor Laila Kasuma Nasir, 39, mendakwa kegagalan siren amaran banjir itu berfungsi menyebabkan ramai yang rata-rata sedang nyenyak tidur tidak menyedari bencana alam itu.

“Ia menyebabkan perpindahan kami ke pusat pemindahan banjir (PPS) menjadi kelam-kabut.

“Saya sendiri hanya me­nyedari pekarangan rumah sudah dipenuhi air setelah dikejutkan salah seorang jiran yang mengetuk pintu rumah,” katanya ketika ditemui di PPS PPSK Felcra Gunung Menerong di sini semalam.

Nor Laila Kasuma berkata, dia hanya sempat mengemas sebahagian barangan penting sebelum berpindah ke PPS dengan memimpin dua anaknya, Nur Alesya Maisara, 10, dan Nur Syafia Hanna, 16 bulan.

Dia berkata, suaminya, Mohd. Zainudin Alias, 37, pula bergegas memindahkan kereta yang hampir ditenggelami banjir.

Seorang lagi mangsa, Zakiah Ahmad, 40, juga hanya me­nyedari rumahnya sudah dimasuki air sedalam kira-kira 0.5 meter setelah dihubungi salah seorang jirannya.

“Kami tidak mendengar bunyi daripada siren amaran banjir yang dipasang di perkampungan ini.

“Ia tidak sepatutnya tidak berbunyi kerana siren amaran banjir tersebut telah diselenggara pihak bertanggungjawab pada bulan lalu,” katanya.

Zakiah berkata, pada masa itu, ujian telah dilaksanakan dengan siren terbabit telah berfungsi dengan baik.

Katanya, keperluan siren ­amaran banjir itu sangat penting kerana PPSK Gunung Menerong kerap berdepan banjir setinggi tiga meter saban tahun ekoran limpahan Sungai Berang dan Peris yang terletak berhampiran kampung itu.

https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... anjir-tak-berbunyi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.400365 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list