CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9859|Reply: 0

[Johor] Ibu kandung Nurul Ain dicari, keluarga angkat mahu mohon MyKad

[Copy link]
Post time 14-12-2023 10:31 AM | Show all posts |Read mode

RUZANA Mohamad bersama anak angkatnya, Nurul Ain ditemui di Felda Sening, Kota Tinggi.




KOTA TINGGI: Seorang wanita di Felda Sening, dekat sini meminta bantuan orang ramai untuk mengesan ibu kandung anak angkatnya yang dijaga sejak lahir.

Ruzana Mohamad, 50, memberitahu, dia mengambil Nurul Ain Abdullah, 12, daripada ibu kandungnya, Nur Fatimah Nur Zaba pada hari ketiga dia dilahirkan.

Dia yang hanya mempunyai seorang anak kandung lelaki ketika itu memang mengharapkan untuk memiliki anak perempuan.

“Saya memang berhasrat mengambil anak angkat kerana berisiko untuk mengandung. Jadi, apabila dimaklumkan ada orang mahu beri anak perempuannya, saya memang gembira.

“Saya ambil Ain di Hospital Sultanah Aminah (HSA), diserahkan sendiri oleh ibunya. Kali terakhir saya berjumpa ibunya ketika kami ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Bandar Penawar untuk membuat surat beranak Ain selepas itu, dia tidak dapat dihubungi sehingga sekarang” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ruzana yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah sekolah di sini sudah menganggap Nurul Ain seperti anak kandungnya dan menyayanginya sepenuh hati.

Dia mahu Nurul Ain dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya termasuk dapat melanjutkan persekolahan ke sekolah menengah.

“Pada masa ini Ain bersekolah di sekolah rendah dan 13 November lalu usianya telah genap 12 tahun membolehkannya membuat kad pengenalan atau MyKad, namun tidak dapat dilakukan kerana ada dokumentasi yang tidak lengkap.

“Oleh itu, kita mohon ibu kandungnya untuk tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu urusan tersebut dan Ain dapat membuat kad pengenalan serta tidak berdepan masalah pada kemudian hari,” katanya.-UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... t-mahu-mohon-mykad/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.185021 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list