CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28814|Reply: 0

[Johor] Lelaki tampar pekerja wanita, tak puas hati cara kopek ‘screen protector’

[Copy link]
Post time 13-12-2023 05:15 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar rakaman CCTV seorang lelaki yang juga pelanggan menampar pekerja wanita selepas tidak berpuas hati dengan cara untuk membuka pelindung skrin.

MUAR – Tular sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan pergaduhan antara seorang lelaki dengan seorang pekerja wanita di dalam sebuah kedai eksesori telefon sejak semalam.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah kedai telefon di Pagoh di sini kira-kira pukul 1.38 tengah hari, semalam.

Dalam rakaman video berdurasi satu minit 41 saat itu menunjukkan pertengkaran seorang lelaki dengan seorang wanita yang merupakan pekerja kedai terbabit.

Menerusi perbualan suara antara kedua-dua individu terbabit difahamkan lelaki berkenaan tidak berpuas hati dengan cara pekerja terbabit untuk membuka pelindung skrin telefon (screen protector).

Pekerja wanita pula menegur pelanggan tersebut dengan mengatakan cara membuka pelindung skrin dengan cara salah.

Berang dengan tindakan itu, lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata kesat sebelum berlaku pertikaman lidah antara mereka dan lelaki terbabit menampar pekerja wanita berkenaan.

Wanita berkenaan kemudiaannya bertindak melawan balik dengan melemparkan barangan yang ada di atas rak kaca ke arah lelaki tersebut sebelum pelanggan itu beredar.

Rakaman video itu telah dilihat lebih 100,000 pengguna lama sosial dan mendapat 2,000 tanda suka.

Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut yang naik tangan terhadap wanita.

Malah pengguna laman sosial meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap perbuatan lelaki terbabit. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... k-screen-protector/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6304 Replies : 37
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73744 Replies : 325
Siapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Kena tunduk
tokchikSiapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Ken
Views : 8672 Replies : 45
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 207236 Replies : 4991
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10788 Replies : 60
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6314 Replies : 40
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14520 Replies : 54
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8697 Replies : 37
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 5016 Replies : 30
Wow baju merah tu..
riena3321Wow baju merah tu..
Views : 12047 Replies : 88

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.067246 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list