CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21421|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KPM giat cegah, usaha banteras gejala merokok, vape

[Copy link]
Post time 13-12-2023 04:59 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) mempergiat usaha mencegah dan membanteras gejala merokok dan vape di semua 10,233 sekolah seluruh negara selaras dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, penghujung November lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah) Azman Adnan berkata, mereka memperhebatkan lagi usaha mengekang gejala itu dalam kalangan pelajar sekolah dengan mengadakan Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape KPM secara berterusan di sekolah seluruh negara.

"Kalau kita lihat secara keseluruhan daripada lima juta pelajar kita di seluruh negara, mereka yang terbabit dalam bilangan tidak begitu besar.

"Walaupun kecil, kesediaan kita untuk membendung dan membanteras itu paling penting jadi kesedaran ini perlu kita beri kepada anak-anak dengan membabitkan seluruh ekosistem yang ada.



"Kita memang sentiasa pantau perkara ini tetapi paling penting bagi saya memastikan amalan merokok ini tidak berlaku di sekolah sebab itu kerjasama semua pihak juga penting bersesuaian dengan RUU diluluskan dan hasrat negara untuk hindarkan gejala ini pada masa akan datang," katanya kepada media selepas melancarkan Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape KPM Peringkat Kebangsaan di Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, kempen yang dilancarkan serentak di seluruh negara itu akan dilaksanakan secara berterusan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dan pihak berkepentingan lain.

"Objektif kempen ini memberikan kesedaran kepada lima juta pelajar supaya mereka faham dan jelas serta tahu berkaitan dengan bahaya amalan menghisap rokok dan vape.

"Matlamat program beri bimbingan kepada pelajar supaya dapat budayakan amal gaya hidup sihat maka mereka terhindar gejala ini.

"Kalau kita dapat laksanakan secara bersepadu...Insya-Allah kita akan hindarkan anak kita seawal sekolah rendah daripada gejala ini," katanya.

Menurutnya, kempen itu diperkukuhkan lagi dengan program sedia ada dilaksanakan di sekolah.

"Sebelum ini, kita lantik Duta Sahsiah dalam kalangan pelajar terbaik yang boleh menjadi suri teladan kepada anak lain kerana konsep rakan sebaya ini sesuai menjadi ejen penyampai amalan baik kepada rakan lain.

"Pada masa sama penguatkuasaan kita di peringkat KPM berdasarkan dua Surat Pekeliling yang jelas menyebut kawasan sekolah adalah premis larangan merokok serta larangan anak kita terbabit dengan amalan menggunakan vape.

"Selain itu, pelajar diterapkan melalui kurikulum terutama dalam pendidikan kesihatan berkaitan bahayanya merokok, dadah dan sebagainya selain ia dilaksanakan merentas subjek termasuk subjek kesihatan, bahasa dan sains," katanya.

Sebelum ini, KKM menganggarkan seramai lima juta perokok semasa di negara ini yang berusia 15 tahun ke atas akibat pertambahan jumlah perokok baharu menggantikan perokok yang meninggal dunia.

Pada 30 November lalu, Dewan Rakyat meluluskan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dengan KKM akan meneliti keperluan membawa semula klausa Generasi Penamat Rokok (GEG) berikutan wujud pelbagai pandangan dan pertikaian berhubung pengguguran klausa terbabit.

Peruntukan larangan merokok terhadap generasi penamat (GEG) digugurkan daripada RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 selepas mendapat nasihat dari Peguam Negara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gejala-merokok-vape
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050287 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list