CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18871|Reply: 0

[Johor] Hujan tak halang rakyat sambut Sultan Johor rai Jamuan Teh di Pontian

[Copy link]
Post time 12-12-2023 01:43 AM | Show all posts |Read mode


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan beramah mesra dengan tetamu yang hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Johor Bahru, Pontian dan Kulai di Dataran Majlis Perbandaran Pontian pada Isnin.

PONTIAN - Hujan tidak menghalang lebih 3,000 rakyat di daerah Pontian dan sekitarnya memeriahkan Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Johor Bahru, Pontian dan Kulai di Dataran Majlis Perbandaran Pontian, di sini pada Isnin.

Sultan Ibrahim berangkat tiba di majlis berkenaan pada jam 3.30 petang dan beramah mesra hampir sejam dengan rakyat sebelum dipersembahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.

Turut berangkat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim serta suaminya, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.


Sultan Ibrahim berangkat tiba di majlis berkenaan pada jam 3.30 petang dan beramah mesra hampir sejam dengan rakyat sebelum dipersembahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai kerajaan.

Jamuan Teh Bersama Rakyat ini merupakan majlis yang ke tiga selepas diadakan di Muar dan Mersing yang kemudiannya akan diteruskan di Kluang pada 14 Disember ini.


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghadiri majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Johor Bahru, Pontian dan Kulai di Dataran Majlis Perbandaran Pontian pada Isnin.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.057128 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list