CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8486|Reply: 0

[Johor] "Keluar nanti jadi orang baru" - hakim

[Copy link]
Post time 11-12-2023 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Muar: "Keluar (penjara) nanti jadi orang baru. Ramai yang keluar penjara jadi orang baik," kata Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan terhadap seorang lelaki lembam, hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap Fakhrul Amin Mohd Nor, 21, yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam pelajaran selepas mengaku salah mencabul kenalan bawah umur dalam garaj kereta di Batu Pahat, Julai lalu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas meneliti segala laporan dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Batu Pahat serta hujahan pihak pembelaan dan juga pendakwaan terhadap tertuduh.

Terdahulu, bekas pekerja kilang itu sekali lagi mengekalkan pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibaca kali ketiga oleh jurubahasa mahkamah.



Mengikut pertuduhan, dia dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap kenalan remaja berusia 13 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat pada jam 3 pagi, 27 Julai lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama dengan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.



Fakhrul Amin dijatuhi hukuman penjara dan sebatan selepas mengaku cabul kenalan bawah umur. Foto Alias Abd Rani

Berdasarkan fakta kes, kejadian itu terbongkar apabila keluarga mangsa terbaca kandungan mesej lucah antara tertuduh dan mangsa di telefon bimbit remaja terbabit sebelum membuat laporan polis pada 27 Julai lalu.

Tertuduh pertama kali didakwa pada hujung Julai lalu namun tak mengaku salah. Sebutan semula kes pada September lalu dan tertuduh kemudian memilih untuk mengaku salah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir sementara tertuduh diwakili peguam Syafie Naim.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira kesalahan dilakukan selain kepentingan awam melebihi tertuduh.

Pihak pembelaan pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman paling minimum kerana tertuduh masih muda selain yatim piatu.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman terbabit bermula dari tarikh tertuduh ditangkap, 27 Julai lalu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-orang-baru-hakim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.055116 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list