CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10713|Reply: 0

[Johor] Pertimbang rayuan eMadani

[Copy link]
Post time 9-12-2023 07:30 AM | Show all posts |Read mode


Tuntutan kredit eMadani.

Pontian: Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan rayuan kepada mereka yang layak memohon kredit e-dompet eMadani tetapi ditolak permohonannya.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, permohonan rayuan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, rayuan eMadani juga akan mengutamakan kelompok penerima yang layak Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

"Tujuan eMadani ialah untuk memperkembangkan kaedah e-dompet bagi ekonomi digital diamalkan. Selain membantu rakyat, ia juga membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta ekonomi setempat.

"Pada Rabu lalu, Kementerian Kewangan adakan mesyuarat berhubung eMadani yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri saya dan Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Johan Mahmood Merican.

"Kita akan buat pengumuman seterusnya mengenai rayuan ini dalam sedikit masa lagi," katanya pada sidang media selepas melawat tapak cadangan Kolej Komuniti Pontian di Benut di sini, hari ini.

Ahmad berkata, kementeriannya mendengar keluhan sebahagian rakyat yang mendakwa eMadani sukar dimohon.

Katanya, perbandingan data juga akan dilakukan antara jumlah penerima STR dan eMadani bagi memperbaiki kelompangan permohonan.

"Dalam senarai STR terdapat seramai 8.7 juta penerima. Ada penerima STR yang tidak dapat memohon eMadani, mereka adalah kumpulan utama yang akan kita pertimbang rayuan.

"Ada di antara yang menerima eMadani ini tidak menerima STR. Bagaimanapun kita akan utamakan mereka yang dapat STR untuk turut sama menerima eMadani.

"Sebenarnya eMadani amat mengujakan kerana tempo eMadani ialah dua bulan tetapi dalam tempoh beberapa hari ramai rakyat sudah memperolehinya.

"Ini perkara baru, menunjukkan bagaimana rakyat memerlukan dan ramai yang sudah memiliki empat aplikasi terbabit. Permohonan menerusi aplikasi Touch'n Go adalah paling tinggi," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.065063 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list