CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12788|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Jeti penumpang Port Dickson akan jadi destinasi persinggahan kapal persiaran

[Copy link]
Post time 7-12-2023 04:57 PM | Show all posts |Read mode

PENGERUSI Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon. FOTO Ihsan Pejabat YB Nicol

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan merancang menjadikan jeti penumpang Port Dickson, dekat sini, sebagai destinasi persinggahan kapal persiaran bagi memperkasakan lagi sektor pelancongan negeri.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, jeti itu berpotensi menjadi destinasi persinggahan penumpang kapal persiaran selain daripada Pelabuhan Klang, Selangor.

"Kita akan berbincang dengan Genting Dream Cruise sebagai pengendali kapal persiaran dan beberapa pihak lain supaya dapat menjadikan Port Dickson sebagai destinasi persinggahan pelancong.

"Kita (kerajaan negeri) bercadang untuk menambah baik beberapa kemudahan seperti kaunter bergerak dan memohon menempatkan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengik

"Kita juga merancang untuk mendalamkan kawasan lembangan hadapan jeti berkenaan bagi memudahkan kapal persiaran berlabuh," katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, Nicole yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kepayang berkata, ketika ini kapal persiaran tidak boleh merapat ke jeti berkenaan dan terpaksa berlabuh di kawasan berhampiran sebelum menggunakan perkhidmatan bot bagi membawa penumpang ke jeti.

"Hasrat kerajaan negeri adalah untuk menambah pakej tarikan pelancong ke negeri ini yang mana penumpang yang turun dari kapal persiaran akan melawat lokasi menarik di negeri ini mengikut pakej disediakan ejen pelancongan sebelum kembali ke kapal," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.369800 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list