CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4423|Reply: 0

[Johor] Resah dilanda banjir kilat tiga kali seminggu

[Copy link]
Post time 7-12-2023 03:12 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk membersihkan kediaman dan kenderaan masing-masing yang terjejas akibat banjir kilat semalam yang melanda Kampung Mohd Amin di sini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Johor Bahru: Penduduk di Kampung Mohd Amin di sini, resah apabila sudah tiga kali dilanda banjir kilat dalam tempoh seminggu setakat semalam.

Malah, rata-rata penduduk dalam kebimbangan seandainya banjir kilat terus berulang hari ini dan masa akan datang memandangkan musim hujan sudah bermula.

Seorang penduduk, Norliza Fauzi, 37, berkata dia yang sudah menyewa dia sebuah rumah di kawasan itu lebih 20 tahun berdepan dengan masalah banjir kilat melebihi 10 kali dalam setahun.

"Semalam adalah banjir kilat yang paling buruk. Air naik di kawasan ini hingga paras leher.



Norliza yang bekerja sebagai pembantu kedai makanan di Hutan Bandar di sini, berkata ketika kejadian banjir kilat semalam, dia tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Katanya, dia terpaksa berjalan kaki dan meredah banjir sepanjang dua kilometer untuk pulang ke rumah selepas jalan raya sudah tidak boleh dilalui oleh kenderaan.

"Apabila suami telefon beritahu air di kawasan rumah sudah naik tinggi, saya minta kawan hantar saya pulang ke rumah kerana bimbang keselamatan tiga anak saya yang berusia lima hingga 10 tahun yang tinggal di rumah.

"Tetapi, kawan saya hanya dapat menurunkan saya di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan saya terpaksa meredah banjir, bagaimanapun apabila sampai di kawasan rumah saya sudah tidak boleh masuk ke rumah kerana air terlalu tinggi.

"Rumah saya di tingkat atas, anak-anak saya di rumah. Suami pula sedang berusaha selamatkan kereta ketika itu. Saya nampak anak-anak menangis di dalam rumah, tetapi terpaksa tunggu air surut baharu boleh pergi ke arah mereka," katanya yang sedang hamil tujuh bulan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Rahmat Ibrahim, 59, berkata banjir kilat yang berlaku semalam boleh disifatkan sebagai banjir terburuk di bandar raya Johor Bahru dalam tempoh 60 tahun.

Kata pesara itu, dia yang tinggal di rumah pusaka keluarganya itu berkata, pembangunan pesat dan pembinaan bangunan berteknologi moden mungkin menjadi punca banjir kilat itu berlaku.

"Kalau tengok sekarang, longkang semua dibina tertutup, ada saliran di bawah tanah, jadi apabila hujan lebat, air seolah tak dapat ditampung dan kemudian melimpah.

"Memang semalam banjir yang paling buruk, tidak pernah air naik sampai paras leher (1.5 meter).

"Akibat masalah banjir ini, kami jadi bimb setiap kali hujan berlaku, semalam pun kami nak keluar, apabila hujan turun, terpaksa batalkan hasrat keluar, memang betul banjir berlaku.

"Saya cuba alihkan kenderaan, tetapi tak sangka jalan raya juga naik air, habis kenderaan ditenggalami air," katanya yang memaklumkan air naik terus ke paras pinggang hanya pada 10 minit berlakunya hujan lebat.

Berdasarkan laporan Pejabat Daerah Johor Bahru, sebanyak 38 lokasi di sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat semalam.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tiga-kali-seminggu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.061414 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list