CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4911|Reply: 0

[Johor] Bapa hilang upaya kerja akibat lebih 50 benjolan tophi

[Copy link]
Post time 6-12-2023 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Wakil Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Mohd Nasir Ishak mengunjungi pesakit gout kronik, Mohd Ridzuan Nuri. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: "Benjolan ini tumbuh sejak tiga tahun lalu namun semakin ketara setahun lalu hingga tak dapat bekerja untuk menyara keluarga," kata bekas pemandu e-hailing, Mohd Ridzuan Nuri, 38, di Kampung Plentong Baru, Masai di sini.

Mohd Ridzuan berkata, lebih 50 benjolan 'thopi' di seluruh badannya berpunca daripada penyakit gout kronik yang berkait dengan genetik.

Menurutnya, benjolan itu terbentuk si seluruh badan terutama bahagian sendi hingga menyukarkannya melakukan pergerakan normal.

"Benjolan mula timbul di bahagian kaki malah sejak setahun lalu, saya sukar untuk bangun kerana benjolan juga terdapat di tapak kaki manakala siku antara tempat memiliki benjolan besar.



"Sebelum ini selain mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA), saya juga mendapatkan rawatan tradisional, malangnya sudah tiga tahun penyakit ini masih belum hilang.

"Pernah saya mengalami rasa sakit yang amat sangat namun doktor hanya memberikan ubat tahan sakit.

"Kini saya hanya membeli ubat termasuk ubat tahan sakit daripada farmasi kerana sukar bergerak ke hospital," katanya.

Mohd Ridzuan berkata, sesetengah benjolan juga pecah dan mengakibatkan dia menanggung kesakitan namun benjolan itu tidak hilang.

Menurutnya, isi benjolan yang pecah termasuk di ibu jari juga kelihatan seperti kapur putih.

"Sehingga kini saya tidak pernah menjalani rawatan malah doktor menyatakan tiada rawatan khusus bagi penyakit ini. Saya mengamalkan diet seimbang.

"Doktor menyatakan individu mempunyai bacaan tinggi asid urik di dalam tubuh berisiko menghidapi masalah gout dan percaya masalah saya ini juga berpunca daripada genetik," katanya.

Mohd Ridzuan berkata, dia semakin buntu dengan masa depan keluarga berikutan keadaannya itu.

Menurutnya, malah isterinya, Endang Lestari Mohd Nor, 35, juga kini sarat mengandung anak keempat manakala tiga cahaya matanya yang lain berusia antara 6 hingga 10 tahun.

Katanya, kini dia masih memiliki tanggungan bayaran bulanan kereta sebanyak RM450 sebulan selain perbelanjaan dapur serta persekolahan ketiga-tiga anaknya.

"Sebelum ini isteri saya mengambil tempahan roti jala di rumah namun terpaksa berhenti sementara kerana hanya tunggu masa untuk bersalin.

"Hanya Allah saja tahu situasi ditempuhi saya mahupun ahli keluarga namun kami redha. Syukur kami masih ada keluarga, kenalan yang membantu semampu mereka.

"Saya juga menerima sumbangan kerusi roda daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)," katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Mohd Ridzuan menerusi akaun Public Bank 6867208532.

Terdahulu Mohd Ridzuan selepas menerima kunjungan daripada wakil Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Mohd Nasir Ishak dan Ketua Kampung Senibong Mukim Plentong, Abd Rahim Moen.

Mohd Nasir berkata, MAIJ akan mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan perubatan bulanan kepada lelaki berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-50-benjolan-tophi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 1.388968 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list