CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4963|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pengarah syarikat dituduh miliki diesel tanpa lesen

[Copy link]
Post time 6-12-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode

AW Weng Yu (kanan) hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban bagi berdepan pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual minyak diesel untuk syarikat dan persendirian tanpa lesen.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.



SEREMBAN: Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual minyak diesel untuk syarikat dan persendirian tanpa lesen.

Tertuduh Aw Weng Yu 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya di depan Hakim, Mazni Nawi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh iaitu orang kena saman (OKS) yang mewakili syarikat Ten Star Resources Sdn. Bhd. didapati mempunyai dalam milikan barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 1,200 liter.

Bagi kertas pertuduhan lain yang dibaca berasingan, tertuduh yang juga Pengarah Syarikat Ten Star Resources, didapati mempunyai dalam milikan barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 1,200 liter yang mempunyai pelanggaran kepada Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan di alamat Lot 6265, Mukim Gemencheh, Tampin kira-kira pukul 7 petang pada 14 Julai lalu.

Berikutan itu, tertuduh yang diwakili peguam, Rosmira Embong didapati melanggar Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan melakukan kesalahan di bawah peraturan tersebut yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) Akta Kawalan Bekalan 1961 akta yang sama.

Jika didapati bersalah, mana-mana pertubuhan perbadanan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan kedua berikutnya didenda tidak melebihi RM5 juta.

Tertuduh juga sebagai pengarah syarikat berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM3 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Ketika prosiding, Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Nazarudin Zainuddin memohon mahkamah satu tarikh bagi serahan dokumen dan representasi.

Mazni kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 7 Februari depan.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita ... diesel-tanpa-lesen/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.113077 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list