CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5104|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Bapa di lokap, ibu menghilang, empat beradik ditemui terbiar

[Copy link]
Post time 6-12-2023 02:14 PM | Show all posts |Read mode

Empat beradik termasuk bayi berusia tujuh bulan ditempatkan di rumah jiran sementara menunggu kehadiran pegawai JKM selepas ditemui terabai selama tiga hari di sebuah rumah di Ampangan, Seremban. - FOTO IHSAN PEMBACA.

SEREMBAN: Empat beradik masing-masing berusia tujuh bulan, dua tahun, lima tahun dan tujuh tahun ditemui terbiar selama tiga hari di sebuah rumah di Ampangan, dekat sini, kelmarin.

Ketika ditemui, hanya permaidani lusuh dijadikan alas tidur manakala bayi berkenaan dijaga abang sulungnya.

Difahamkan, ibu kanak-kanak berkenaan keluar dari rumah sejak 1 Disember lalu manakala bapa mereka dikatakan dalam tahanan reman polis.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Rosnah Sardi, berkata ibu bapa empat beradik itu dipercayai etnik Rohingya dan kerap berpindah-randah.



"Kita menerima aduan daripada beberapa jiran pada jam 9.40 malam kelmarin mengenai keadaan tiga kanak-kanak dan seorang bayi berusia tujuh bulan yang diabaikan.

"Penduduk mengambil mereka dan ditempatkan di kediaman jiran serta diberi makanan. Ketika JKM mengambil mereka, empat beradik itu berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pegawai JKM membuat siasatan segera ke lokasi kejadian dan menghubungi pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

"Siasatan mendapati ibu mereka keluar rumah mulai 1 Disember dan tidak kembali manakala bapa mereka berada di lokap dan dijadual dibebaskan hari ini.

"Anak-anak ini berada di tempat selamat sebelum diserah kepada bapa kandung di bawah pemantauan pihak UNCHR," katanya.

Katanya, laporan polis dibuat mengenai kejadian itu dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 17 (1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016.
https://www.bharian.com.my/berit ... dik-ditemui-terbiar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 03:21 PM | Show all posts
ya Allah sanggupnya tinggal anak kecik camtuhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054353 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list