View: 8110|Reply: 9
|
"Tengok Ni, Dia Nak Minum Air Ni,”-Bapa Dikecam Hebat, Rakam Anak Kecil Pegang Tin Arak
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang lelaki dikecam hebat gara-gara tindakannya yang sengaja membiarkan anak perempuannya memegang tin satu jenama arak yang disangkakan air minuman biasa.
Menerusi rakaman tular itu, seorang lelaki dilihat hanya membiarkan anak perempuannya itu memegang tin arak dan hanya merakam kejadian tersebut.
“Ibu tengok ni, dia nak minum air ni,” jelas lelaki terbabit terhadap isterinya dipercayai di dalam sebuah kedai serbaneka.
Rata-rata orang ramai tidak bersetuju malah kelakuan yang dibuat oleh lelaki tersebut dianggap hanya sebagai tindakan bodoh dan dipercayai hanya ingin membuat kandungan sosial semata-mata.
“Tengoklah manusia sekarang, kalau kita terus buang benda tu. Ibu bapa kita ajar lain tapi ibu bapa sekarang ni sudah tidak reti yang mana patut rakam dan yang mana patut halang,” kata Jo Rahman.
“Dia sanggup rakam dulu, apa kena dengan bapa macam ni. Yang ibu pun sama naik. Tahu tak benda tu haram, budak lagi tu mana dia tahu,” kata Pokchek.
“Lagi ramai golongan mak bapa macam ni, lagi rosak lah generasi kita selepas ni. Kerja nak rakam saja,” jelas Izwan Es. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
asal main tiktok je wajib jadi bodoh... and sadly bangga dgn kebodohan yg ditonjolkan ke mata umum |
|
|
|
|
|
|
|
Anything for content these days. Meleissss |
|
|
|
|
|
|
|
apa lagi, bukak bagi la anak ko tu minum. |
|
|
|
|
|
|
|
minumlah, sgt berkhasiat ya. air gandum bijirin sebegitu. |
|
|
|
|
|
|
|
agenda normalize kan benda2 haram. setan betul laaa sistem ni |
|
|
|
|
|
|
|
bagi la minum baru btul cara nak buat content |
|
|
|
|
|
|
| |
|