CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25179|Reply: 0

[Sarawak] Tiga lokasi runtuhan berisiko berlaku runtuhan lagi

[Copy link]
Post time 3-12-2023 11:46 PM | Show all posts |Read mode


Bomba melakukan pemantauan di kawasan runtuhan tanah berlaku di Jalan Rumah Gait, Hulu Litok Dayu, Pakan.
BINTANGOR: Tiga lokasi runtuhan di daerah Pakan berisiko berlaku runtuhan lagi sekiranya hujan lebat berterusan di kawasan terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata laporan berkaitan kejadian tanah runtuh itu diterima daripada Pejabat Daerah Pakan.

"Sejurus menerima laporan tersebut, bomba mengarahkan tiga anggota bergerak ke tiga lokasi terbabit yang terletak di daerah Pakan.

"Lokasi pertama runtuh terletak berhampiran simpang Nanga Wak, Pakan, lokasi kedua di Batu 13, Jalan Engkamop berhampiran tapak baharu Rumah Bidu dan lokasi ketiga di jalan Rumah Gait, Hulu Litok Dayu, Pakan.

"Di lokasi pertama dan kedua terdapat mendapan tanah berlaku dan kedua-duanya berpontensi runtuh lagi jika berlaku hujan lebat berterusan," katanya kepada media hari ini.

Sementara itu, bagi lokasi ketiga runtuhan terbabit berlaku di tepi jalan sebelah kanan menuju ke rumah panjang terbabit.

Hasil pemeriksaan dan pemantauan anggota bomba, mendapati struktur tanah di kawasan terbabit dalam keadaan tidak stabil dan masih berisiko runtuh lagi.

"Di lokasi ketiga ini, anggota bomba mendapati jika hujan berterusan jalan terbabit berisiko runtuh dan penduduk bakal terputus hubungan.

"Berdasarkan situasi itu, bomba menasihati penduduk yang melalui lokasi terbabit agar berhati-hati dan berwaspada sepanjang masa bagi mengelak sebarang risiko dan bahaya tidak diduga.

"Bomba membuat laporan berkaitan kejadian itu dan memaklumkan kepada pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu," jelasnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.054754 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list