|
Seorang peniaga kedai runcit menyelamatkan barangan jualan daripada terendam dengan banjir di Surau Panjang, Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu semakin buruk dengan mangsa terjejas meningkat dua kali ganda kepada 4,787 orang daripada 1,260 keluarga.
Setakat pukul 8 pagi ini, sebanyak 32 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di enam daerah iaitu penambahan 14 buah berbanding semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan pembukaan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah pada malam tadi yang menempatkan 23 mangsa daripada lima keluarga.
“Kuala Nerus kekal merekodkan mangsa tertinggi iaitu 1,695 mangsa daripada 445 keluarga berada di 14 PPS. Seramai 1,137 orang daripada 332 keluarga pula kini ditempatkan di lima PPS di Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, sebanyak tujuh PPS telah dibuka di Marang dengan menempatkan 1,251 orang daripada 316 keluarga, manakala Besut pula mempunyai 673 orang daripada 159 keluarga yang berada di empat PPS.
Sementara itu, portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan stesen bacaan di parit utama Padang Kemunting, Kuala Nerus masih melepasi paras bahaya.
Selain itu, tiga sungai di tiga daerah iaitu Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus; Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Setiu dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman telah melepasi paras waspada. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ningkat-4787-orang/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|