|
Seorang wanita membuat pendedahan mengenai nafkah yang diberi oleh suaminya.
"Suami aku gaji RM9,000 lebih hingga RM10,000... ada komitmen untuk bayar rumah, kereta, bil, barang dapur semua. Aku pula suri rumah sepenuh masa, suami suruh duduk rumah je jaga anak. Jadi aku memang tak ada saving (simpanan) sangat.
"Nafkah untuk aku RM500. Korang rasa okay ke RM500 padahal gaji dia RM9,000 hingga RM10,000? Hampir tujuh tahun kahwin, dari gaji dia kecil sehingga sekarang ada lebih sikit, aku bersyukur.
"Aku ada degree perakaunan. Ikutkan boleh je kerja, gaji pun sedap. Tapi aku turutkan juga kemahuan suami tanpa bantah. Duit dia bagi dekat mak dia pun RM1,500. Itu yang buat aku terkilan sikit," tulisnya di media sosial.
Gambar Hiasan: mStar
Di sebalik kecaman yang diterima di laman komen, namun ramai juga yang berkongsi kisah serupa malah ada yang lebih teruk apabila tidak diberi wang untuk keperluan sendiri, sebaliknya hanya diberikan duit untuk perbelanjaan dapur.
Bagaimanapun komen seorang suri rumah lain terhadap perkongsian tersebut turut meraih perhatian apabila dia berkongsi 'tip' bagaimana mahu mengumpul wang untuk dijadikan simpanan sendiri.
"Saya dipaksa jadi housewife. So memang saya jadi kejam. Duit nafkah memang saya simpan tak usik. Nak beli apa-apa saya minta lagi duit.
"Hari-hari saya 'mengemis'.. saya tak kisah RM20, RM30 atau RM50. Saya merajuk dapat lagi duit. Dia nak keluar badminton, saya minta lagi duit. Jadi total sebulan saya boleh dapat RM1,000 tanpa dia sedar," kongsi suri rumah berkenaan.
Ternyata, ramai dalam kalangan warga maya yang turut bersetuju dengan pandangan berkenaan.
"It's better... kalau dia dah banyak sangat duit nanti mulalah sibuk nak cari madu bagai. Laki ni bukan boleh percaya kalau ada duit banyak. Better 'kikis' dan simpan je untuk masa depan anak-anak cuma berpada-pada.
"Okay je kan buat macam ni. At least simpanan yang RM500 tu boleh guna kalau si suami tiba-tiba sakit sampai tak boleh gerak ke atau mati tiba-tiba. At least simpanan tu boleh guna sementara jumpa job yang lain.
"Senang cerita wahai kaum lelaki. Kalian mewahkan isteri dan anak-anak, mewahlah rezeki kalian," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|