CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1129|Reply: 0

[Perak] PIBG MCKK kesal kejadian buli ditularkan

[Copy link]
Post time 6-11-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

Kuala Kangsar: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), di sini meluahkan kekesalan terhadap tindakan menularkan kejadian buli membabitkan pelajar sekolah itu, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebook (FB), persatuan itu berkata, tindakan menularkan kes itu di media sosial memberi impak besar serta membawa imej buruk kepada institusi sekolah itu secara keseluruhan.

"Kami mengambil maklum ancaman penularan kes ini melalui surat yang diutuskan oleh sekumpulan ibu bapa murid Tingkatan 4 sekiranya keputusan dan tindakan semasa pihak sekolah ke atas murid yang terbabit tidak diubah.

"PIBG MCKK menyelar tindakan cubaan campur tangan ibu bapa terbabit di dalam pengurusan sekolah ini. Dalam hal yang berkaitan, PIBG menghormati pendirian pihak sekolah dan Tuan Pengetua yang tidak tunduk kepada ancaman diberikan oleh sekumpulan ibu bapa murid Tingkatan 4," kata kenyataan itu, semalam.



PIBG MCKK dalam kenyataan itu juga memaklumkan ada menerima laporan mengenai pelajar MCKK yang diherdik dan dihalau dari premis makanan sekitar bandar ini dan dianggap sebagai pembuli.

"PIBG memandang serius perkara ini dan memikirkan risiko kemungkinan diserang dan diganggu oleh pihak luar yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini," katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan polis menyiasat kejadian buli membabitkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 sebuah sekolah berasrama penuh dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ian-buli-ditularkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049624 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list