|
Seorang pelajar lelaki menjadi mangsa buli apabila dia dipaksa untuk makan najis.
The Straits Times melaporkan, pembuli itu bertindak merakam video kejadian sebelum menyiarkannya ke dalam talian.
Menerusi video tersebut, kejadian yang berlaku di dalam tandas sekolah menengah di Longyan, China itu menyaksikan pembuli meminta mangsa untuk makan najis sambil dia merakam aksi tersebut.
Gambar Hiasan
Pada mulanya, mangsa menolak kerana dilihat oleh pelajar lain, namun selepas mereka diarahkan pergi, dia sekali lagi dipaksa oleh si pembuli.
Seorang pegawai sekolah yang enggan identitinya didedahkan mengesahkan kesahihan kejadian itu.
Pegawai tersebut menyatakan pihak sekolah sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani kejadian itu dan telah menawarkan kaunseling psikologi kepada pembuli.
Seorang lagi pegawai, dari biro pendidikan tempatan, memberitahu bahawa mereka sedang meneliti kejadian yang berlaku. -CARI |
|