CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3147|Reply: 0

[Terengganu] Jenazah wanita mangsa bunuh selamat dikebumikan

[Copy link]
Post time 2-11-2023 10:24 AM | Show all posts |Read mode

JENAZAH mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, tengah malam tadi. FOTO Rosli Ilham

Chukai: Wanita yang meninggal dunia selepas dipercayai dibunuh seorang rakan perniagaannya di Hulu Terengganu, awal pagi semalam, selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kerteh, dekat sini, tengah malam tadi.

Jenazah mangsa yang berusia 65 tahun itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh, jam 12.15 tengah malam tadi.

Terdahulu, jenazah mangsa yang selesai menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, kira-kira 8 malam.

Jenazah mangsa kemudiannya dibawa untuk dimandi dan dikafankan di Pusat Pengurusan Jenazah Pasir Panji, Hulu Terengganu, sebelum dibawa ke Kerteh, kira-kira 10 malam.

Suasana pilu dan sedih menyelubungi waris dan kenalan mangsa yang hadir ketika jenazah mangsa tiba di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Kerteh, sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Media sebelum ini melaporkan mayat seorang wanita berusia 65 tahun ditemukan di dalam longkang dan dipercayai dibunuh berdekatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu di Jalan Batu 23, Hulu Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan kemudian mengesahkan mayat wanita itu ditemukan dengan 15 kesan tikaman.

Beliau berkata, suspek ditahan di rumahnya di Wakaf Tapai, Marang, kira-kira 11 pagi semalam dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... selamat-dikebumikan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21533 Replies : 117
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39663 Replies : 244
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 175514 Replies : 4053
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14447 Replies : 98
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 6701 Replies : 79
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5066 Replies : 18
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3400 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 72932 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45136 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.450974 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list