|
Seorang lelaki bertindak kejam dengan menikam adik perempuannya berulang kali.
Kejadian berlaku di Kampung Pilar, Kampung Cikarang Kota, Cikarang Utara, Bekasi, Indonesia.
Ketua Polis Metro Bekasi, Pesuruhjaya Polis Twedi Aditya Bennyahdi mendedahkan motif pelaku,Firman, 36, melakukan pembunuhan itu kerana berasa sakit hati dan tersinggung dengan kata-kata mangsa, Dewi Alias, 25, yang dianggap menjatuhkan maruahnya.
Foto: Agensi
Mangsa dikatakan sering mengejek Firman tidak berbuat apa-apa dan hanya makan dan tidur di rumah.
“Firman menikam adiknya berkali-kali kerana tersinggung dengan kata-kata mangsa terhadapnya,” katanya pada sidang media di Cikarang, Indonesia pada Rabu.
Menurut Twedi, pelaku pada masa kejadian sedang mengupas buah dengan terlalu beremosi sehingga akhirnya memiliki niat untuk menamatkan nyawa adiknya sendiri dengan pisau dapur.
"Mangsa berkata, 'Awak dah besar, makan dan tidur sahaja', itu yang mencetuskan pelaku untuk marah dan melakukan penderaan itu," kata polis.
Twedi berkata, ketika kejadian, mangsa tidak sempat melarikan diri kerana abangnya bertindak menikam secara membuta tuli di beberapa badan mangsa.
Mangsa mengalami kesan tikaman di dada kanan, dada kiri, bawah ketiak kiri, tiga tikaman di bahu kiri, dua tikaman di pinggang kiri, dua tikaman di pinggul kiri, dan di kaki kiri.
Disebabkan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta, Indonesia namun akhirnya disahkan meninggal dunia.
Mengulas lanjut, kata Twedi, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman di paru-paru.
Sementara itu, pelaku ditahan penduduk dan Unit Siasatan Jenayah untuk diserahkan kepada Polis Cikarang Utara, Bekasi, Indonesia. bagi proses selanjutnya.
Antara barang yang diambil adalah sebilah pisau dapur, sehelai baju berkotak- kotak berwarna coklat dan sejumlah pakaian milik mangsa.
Menurut Twedi, pelaku didakwa mengikut Perkara 338 Kanun Jenayah iaitu kesalahan membunuh secara niat dan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara selama 20 tahun. — CARI
Sumber: Majoriti
|
|