CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2211|Reply: 2

Beg ngesong come lote

[Copy link]
Post time 21-10-2023 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Beg ngesong come lote


ROZANA menunjukkan sebahagian beg dengan motif batik Kelantan yang dihasilkan di Bengkel Beg Batik Ngesong di Kampung Bukit Chenda, Gunong. FOTO BERNAMA


Bachok: Persalinan batik Kelantan dengan motif bunga ketam guri dan bunga telang yang menjadi identiti dan sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang sentiasa mendapat permintaan tinggi peminat produk kraftangan berasaskan batik.

Selain baju, produk kraftangan berasaskan batik turut dihasilkan dalam bentuk tali leher, alas meja serta banyak lagi.

Melihat potensi besar produk kraftangan, 15 wanita dari kampung sekitar Jelawat dan Gunong di sini, mencipta kelainan apabila menghasilkan beg dengan motif batik Kelantan.

Pengurus projek 'beg ngesong' Rozana Mat Radzi, 44, berkata, penghasilan beg batik itu bermula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu apabila mereka sepakat mencari sumber pendapatan alternatif.

"Sebagai permulaan kami bekerjasama dengan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan di bawah program kemahiran komuniti, mereka tampil beri bantuan seperti rekaan beg, latihan dan bahan mentah kepada kami yang terdiri daripada 10 tukang jahit dan lima lagi yang menguruskan kerja seperti pembungkusan dan lain-lain.

"Lebih menarik 10 tukang jahit terbabit sebenarnya tidak pernah menghasilkan beg, sebaliknya mereka hanya tukang jahit baju namun atas usaha gigih kini mampu mengeluarkan produk kraftangan berupa beg batik komersial yang mendapat permintaan tinggi,"katanya ketika ditemui di Bengkel Beg Batik Ngesong di Kampung Bukit Chenda, Gunong di sini, baru-baru ini.


BEG ngesong dengan motif bunga ketam guri dan bunga telang menjadi identiti dan sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang. FOTO BERNAMA


Ditanya mengenai maksud beg ngesong, Rozana berkata, nama terbabit diilhamkan seorang peserta, Che Saharah Che Ya, 49, yang mengendalikan bahagian pengurusan projek terbabit.

"Song dalam dialek Kelantan bermaksud sesuai atau padan.

"Di sekitar kawasan Gunong dan Jelawat pula 'song 'atau 'ngesong 'mempunyai maksud sama, jadi kami pilih beg ngesong sebagai jenama produk kraf-tangan ini," katanya.

Bercerita lanjut, Rozana yang juga bertindak seba-gai pegawai pemasaran beg ngesong berkata, mereka menghasilkan lebih 15 beg batik seperti beg duit syiling, pau, beg jinjing, beg fail, beg komputer riba dan beg beli-belah.

Katanya, beg itu dijual pada harga bermula RM3 hingga RM95 bergantung kepada jenis dan saiz.

"Ada tiga bahan utama menghasilkan beg iaitu kain batik, kain alas sama ada kain kapas atau PVC dan juga zip. Kebiasaannya beg disiapkan dalam tempoh sehari bergantung kepada jenis dan saiz.

"Batik diperoleh daripada usahawan sekitar Kelantan, kebiasaannya apabila menerima tempahan beg kami berbincang dengan pihak Kraftangan siapa yang menjadi pembekal batik," katanya.

Menurut Rozana ketika ini beg ngesong dihasilkan berdasarkan tempahan diterima seperti daripada jabatan kerajaan.


ROZANA (kiri) memantau kerja penghasilan beg. FOTO BERNAMA


"Sebagai contoh apabila kami terima tempahan 500 beg yang perlu disiapkan dalam tempoh seminggu, kami panggil peserta datang ke bengkel dan mulakan tugas masing-masing seperti potong batik, gam dan seterusnya menjahit," katanya.

Bagi Nor Elina Mat Daud, 40, projek beg ngesong merubah kehidupannya apabila kini mempunyai pendapatan sampingan lebih baik.

"Dahulu saya cuma ambil upah menjahit pakaian tempahan pelanggan, pendapatan ala kadar, tetapi sejak menyertai projek beg ngesong ini ada pendapatan lebih baik, ada duit belanja untuk diri sendiri selain dapat bantu suami," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-ngesong-come-lote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya. Kat mana kedainya. Harap ada kedai online jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Yess comel lotee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.060435 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list