CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1913|Reply: 0

Adakah Israel guna bom fosforus?

[Copy link]
Post time 11-10-2023 05:05 PM | Show all posts |Read mode

LETUPAN susulan serangan udara Israel di Gaza. FOTO AFP

Gaza: Palestin pada Selasa lalu menuduh Israel menggunakan bom fosforus ketika pengeboman di kawasan berpenduduk di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

"Israel menggunakan bom fosforus putih yang diharamkan di peringkat antarabangsa terhadap rakyat Palestin di kejiranan Karama di utara Gaza," kata Kementerian Luar di platform X.

Pengasas European Observatory for Human Rights, Rami Abdo, menyiarkan klip video di platform X yang didakwanya menunjukkan penggunaan bom fosforus oleh Israel.

"Pasukan tentera Israel menggunakan [bom] fosforus putih beracun di kawasan berpenduduk padat di barat laut Bandar Gaza," tulisnya.


Kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di New York, Pemerhati Hak-Hak Asasi Manusia, sebelum ini memetik laporan mengenai dakwaan penggunaan bom fosforus putih oleh Israel di Gaza, semasa konflik pada masa lalu.



Penggunaan senjata fosforus putih untuk menghasilkan tabir asap dan melindungi pergerakan tentera diterima secara sah, tetapi Konvensyen Geneva 1980 melarang penggunaannya di kawasan yang padat dengan penduduk.

Tiada komen daripada Israel mengenai dakwaan itu.

Serangan mengejut pelbagai serampang ke atas Israel yang dilancarkan sebelum subuh pada Sabtu oleh Hamas menyebabkan ribuan terkorban di kedua-dua pihak.


Lebih 1,200 orang di Israel maut, selepas pejuang Hamas menyusup masuk ke komuniti selatan, sebelum mengheret 100 tebusan kembali ke Gaza.

Sebagai tindakan balas, Israel mengebom Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 900 orang terbunuh, setakat ini.

Dalam pada itu, AFP melaporkan Israel berkata, ia menawan semula kawasan di sempadan Gaza, dari Hamas, pada Selasa iaitu hari keempat pertempuran sengit.

Tentera berkata, pihaknya sebahagian besarnya menguasai semula kawasan selatan dan sempadan sekitar Gaza.

Tetapi, lewat Selasa, di bandar Ashkelon di selatan Israel, tentera yang disokong oleh helikopter dan dron berbalas tembakan dengan beberapa pejuang, menyebabkan tiga pejuang terbunuh, kata tentera.

INFO

APA ITU BOM FOSFORUS?
Fosforus putih - campuran fosforus putih dan getah - ialah bahan seperti lilin. Ia terbakar pada suhu 800 darjah Celsius dan menyala dengan spontan pada suhu 1,300 darjah Celsius, apabila ia terdedah kepada oksigen. Ia menghasilkan asap putih dan tebal. Oleh kerana ia adalah bahan seperti lilin, ia sangat sukar untuk dipadamkan dan sering menyala semula apabila pembalut ditanggalkan.

Menurut jurnal perubatan, yang dipetik oleh Pemerhati Hak-Hak Asasi Manusia, "fosforus putih boleh menyebabkan kecederaan serius dan kematian apabila ia bersentuhan dengan kulit, terhidu atau ditelan."


Disiarkan pada: Oktober 11, 2023 @ 2:59pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.593122 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list