View: 578|Reply: 0
|
[Kelantan]
Pemilik ada tujuh hari tebus lembu ditangkap kerana merayau
[Copy link]
|
|
Antara ternakan berkeliaran yang ditangkap anggota penguat kuasa MDGM dalam operasi bersepadu, baru-baru ini. - FOTO IHSAN MDGM.
GUA MUSANG: Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) menangkap 17 ekor lembu berkeliaran sepanjang empat operasi bersepadu bermula Januari sehingga hujung bulan lalu.
Setiausaha MDGM, Ahmad Hamdan Ubaidah, berkata lapan lembu berkeliaran di jalan raya ditangkap dalam Operasi Haiwan Rayau terbaharu pada 26 dan 27 September lalu.
"Dua lembu betina ditangkap pada hari pertama di kawasan Paloh dan Kampung Meranto dalam operasi antara jam 3 petang sehingga 9 malam.
"Operasi keesokannya dari jam 9 pagi hingga 2 petang dengan lima lembu betina dan seekor lembu jantan ditangkap di laluan jalan FELDA Chiku 2 dan Taman Agropolitan Rantau Manis," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Anggota MDGM melaksanakan Operasi Haiwan Rayau bagi mengesan ternakan berkeliaran. - FOTO IHSAN MDGM.
Beliau berkata, tindakan penternak membiarkan ternakan berkeliaran boleh membahayakan dan menjadi punca kemalangan pengguna jalan raya.
Katanya, seramai 44 anggota termasuk Jabatan Penguatkuasa MDGM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Veterinar dan Bahagian Penguatkuasaan Negeri Kelantan (BPNK) menyertai Operasi Haiwan Rayau itu.
"Pemilik boleh membuat penebusan haiwan mengikut prosedur tuntutan semula seperti ditetapkan dalam tujuh hari.
"Tindakan penternak membiarkan lembu mereka merayau raya adalah kesalahan serius kerana boleh mengakibatkan kemalangan," katanya.
Beliau berkata, operasi akan diadakan secara berjadual berikutan banyak kes kemalangan jalan raya membabitkan haiwan rayau dilaporkan di daerah itu sejak kebelakangan ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... gkap-kerana-merayau |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|