CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9413|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Mujur mata anak saya tidak buta'

[Copy link]
Post time 15-9-2023 01:18 AM | Show all posts |Read mode
'Mujur mata anak saya tidak buta'


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



PELAJAR lelaki sebuah sekolah menengah di Sungai Ara yang mendakwa dirotan guru hingga mengalami pendarahan pada mata. FOTO Zuhainy Zulkiffli.




Bayan Baru: Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Sungai Ara di sini mendakwa dirotan guru hingga mengalami pendarahan pada mata.

Bapanya, Mazni Mohamad, 47, berkata, anaknya yang berusia 17 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Dakwanya, kejadian berlaku 12.30 tengah hari Khamis, selepas anaknya dikatakan tertangkap kerana menghisap vape di dalam kelas ketika guru Sains sedang mengajar.

"Anak saya kemudian dibawa berjumpa guru lain bergelar ustaz yang dikatakan pembantu guru disiplin dan dia disoal siasat serta didakwa menipu.

"Guru itu bertindak merotannya, namun rotan itu terkena bahagian mata kanan anak saya yang menyebabkan berlaku pendarahan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mazni berkata, pihak sekolah kemudian menghantar anaknya ke klinik sebelum dibawa ke Hospital Balik Pulau (HBP).

"Difahamkan, pihak hospital terpaksa rujuk anak saya ke HPP susulan tiada pakar mata di HBP," katanya yang memberitahu keadaan anaknya stabil tetapi perlukan pemantauan lanjut.

Mazni yang bekerja sebagai pemandu lori memberitahu akan membuat laporan polis hari ini selain berjumpa pihak sekolah untuk penjelasan lanjut.

"Saya tahu anak saya nakal tapi bukan begini caranya beri pengajaran. Mujurlah matanya tidak buta," katanya.



Disiarkan pada: September 15, 2023 @ 12:32am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058826 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list