CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1739|Reply: 0

[Politik] ‘Arahan siapa minta datang sini, ini bangunan saya’

[Copy link]
Post time 14-9-2023 05:34 PM | Show all posts |Read mode
‘Arahan siapa minta datang sini, ini bangunan saya’

Muhyiddin selesai dirakam keterangan dan bergerak keluar kira-kira pukul 10.25 pagi tadi. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!



KUALA LUMPUR – Hampir 20 pengamal media dihalang untuk membuat sebarang liputan di pekarangan bangunan sebuah agensi kerajaan di Jalan Sentral di sini, hari ini.

Seorang individu dipercayai pegawai agensi berkenaan bertindak menyekat pengamal media untuk merakam video mahupun gambar berkaitan sesi rakaman keterangan yang dijalankan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Arahan siapa yang minta datang sini, ini bangunan saya, tak boleh sebarang kenyataan atau gambar di sini,” tegas individu berkenaan.

Muhyiddin tiba di pekarangan bangunan tersebut kira-kira pukul 9.28 tadi.

Rakaman keterangan dijalankan hari ini susulan ucapannya berkaitan ‘fatwa’ politik dalam ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kempas, Johor pada 2 September lalu.

Difahamkan, keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) terbabit akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Muhyiddin menerusi satu ceramah PRK menyifatkan tindakan mengundi bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat sebagai haram.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Pengerusi Perikatan National (PN) itu.

Muhyiddin disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -ini-bangunan-saya/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.925636 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list