CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 637|Reply: 0

[Pulau Pinang] 5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 14-9-2023 05:00 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan


GEORGE TOWN - Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 September, iaitu penurunan 15 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi berkata, berdasarkan statistik, majoriti kes HFMD di Pulau Pinang adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah iaitu sebanyak 4,298 kes atau 80.6 peratus.

"Bagi tempoh sama pada tahun lepas, sebanyak 6,267 kes HFMD direkodkan di Pulau Pinang, namun pada tahun ini ia menurun hingga 15 peratus dan hasil analisis setakat ME 36/2023 mendapati 95.7 peratus kes itu berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dengan majoriti kluster HFMD berlaku di institusi pendidikan serta pusat jagaan.

"Setakat ini, tiada kes HFMD di negeri ini yang dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital dan tiada kes kematian membabitkan penyakit berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Daniel berkata, pusat jagaan kanak-kanak, tadika dan taska merupakan tempat berisiko berlakunya kluster HFMD dan pada tahun ini, sejumlah 61.2 peratus daripada bilangan kluster yang direkodkan melibatkan kes yang kecil iaitu dua hingga empat kes.

"Berdasarkan statistik, bilangan kluster mengikut lokaliti ialah 50 tadika, taska (33), tabika (11), prasekolah (11) dan 12 sekolah rendah serta empat premis membabitkan pusat jagaan dan rumah persendirian," katanya.

Beliau berkata, langkah kawalan dan pencegahan telah diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan akan terus menjalankan pemantauan untuk mencegah daripada penularan kes HFMD di negeri ini.

Katanya, laporan HFMD menunjukkan daerah Timur Laut merekodkan kes tertinggi iaitu 1,507 diikuti Barat Daya sebanyak 1,214 kes, Seberang Perai Tengah (1,062 kes), Seberang Perai Utara (800 kes) dan Seberang Perai Selatan mencatatkan 752 kes.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko dijangkiti seperti basuh tangan dengan sabun dan mengekalkan kebersihan di rumah.

Daniel turut menyarankan ibu bapa untuk membawa anak-anak ke klinik atau hospital terdekat jika terdapat tanda-tanda atau gejala jangkitan dan mereka juga dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak yang bergejala ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar dan pusat beli-belah. - Bernama.

https://www.sinarharian.com.my/a ... kan-di-pulau-pinang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.048967 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list