CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9108|Reply: 19

Berhati2 dengan company ni.. Gorgeous Chain Sdn Bhd..

[Copy link]
Post time 6-1-2011 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by shrekfiona at 6-1-2011 18:45

Salam.. xtau nak letak thread ni kat mane.. rasa2 betul kot kat sini..

Fiona nak war2 kan pasal company ni kat orang2 yang tengah mencari keje cam fiona ni..
fiona dapat tau iklan keje (admin exe n admin assistant) kat company ni melalui the star,
Gorgeous Chain mase mule2 fiona call tanye ape name company n website
sebab dalam iklan the star tu xde tulis name company, diorang bagi tau name company
GC-Company dan diorang xde website.. hati dah ragu2 dah tapi fiona pegi jugak interview
kat plaza sentral. mase fiona sampai tu ade la dekat 10 orang datang untuk di interview..
opis GC ni memang cantik la grand je tengok.. dan baru tau name company tu Gorgeous Chain sdn bhd..

dah lek dari interview tu baru fiona cek kat internet name company ni dan terjumpe la blog n website
yg mendedahkan penipuan GC-company ni..

website yang mendedahkan penipuan company ni dan pengakuan2 orang2 yg dah terkena:
http://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0322614699

http://misisitukangtulis.blogspot.com/2010/02/jadi-mangsa.html  
- kat blog ni banyak pengakuan bekas pekerja GC.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2011 06:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by shrekfiona at 6-1-2011 18:38

Nama syarikat itu, Gorgeous Chain Sdn. Bhd. (nama tak mahu kalah, tapi penipu! Sabar, nak cerita lah ni). Prosedur temuduga berjalan dengan lancar, aku berbahasa Inggeris dengan penuh keyakinan. Memang ramai yang datang untuk temuduga.

Class kan? Selang 2 ke 3 hari, aku dihubungi lagi. Aku BERJAYA. Katanya.. walaupun sekadar HARAPAN PALSU! Rupa-rupanya yang interview aku hari itu General Manager, Kak Zura namanya. (Harap muka saja cantik tapi menipu). Aku teringat soalan cepumasnya ketika ditemuduga, apa yang anda tahu pasal syarikat ini, Gorgeous Chain Sdn. Bhd? Aku dah Google sebelum tu, tapi memang TIADA maklumat! Aku mengaku saja lah. Tak sempat.

Katanya, syarikat ini merupakan syarikat kewangan (financial company) jadi konsultan untuk individu ataupun mana-mana syarikat. Maka aku bertambah yakin, inilah tempatnya aku boleh kembangkan kareer. Aku mula bekerja pada 5 Januari 2010, hari Selasa. Aku dimasukkan ke dalam satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang. Aku, Linda, Lyn, Herman, Ijan dan Lei Fong (yang diminta supaya ada nama English). Kami ada seorang ketua ataupun Senior manager bernama Puan As. Tapi dia suruh panggil Kak As saja. Sebagai Senior Manager, Kak As ni memang (bajet) baik, nak lunch sama-sama konon, tetapi dia sebenarnya mengawasi pergerakan kami. Apa yang kami bualkan, apa yang kami diskus terutama keraguan kami mengenai 'status' kami.

Pelik! Kami masih tak dapat offer letter yang menyatakan gaji pokok kami, ada EPF ke tak dan sebagainya. Kena hold. We have better scheme, katanya. Kami diberi jawatan Admin Executive, tetapi tugasnya ialah membaca graf setiap hari yang ada sell new, sell closed, buy new, buy close, uptrend, downtrend, sideway yang merepek-repek tiada kaitan langsung dengan kerja Admin! Lepas tu ada satu monitor tunjuk pergerakan graf, belajar predict market, kalau naik dapat profit, turun pun dapat profit. Two-way market katanya!

Rupa-rupanya Gorgeous Chain merupakan syarikat yang berbisneskan air liur! Buat foreign exchange ataupun forex tetapi secara illegal! Patut pun website tiada. Nak google pun tak dapat. Diorang ada tunjuk lesen fotostat diorang berdaftar dengan SSM(suruhanjaya syarikat malaysia) tetapi bila aku tanya lesen daripada BNM(Bank Negara Malaysia), terkedu pula mereka. Moga pendedahan ini dapat MEMBANTU mereka yang sedang ditipu dan akan tertipu nanti. Moga-moga, bila anda google, anda ketemu blog yang mendedahkan penipuan ini.


Inilah pintu masuknya. Passwordnya ialah tekan nombor 1 enam kali. Mereka hanya mahukan investor semata-mata. Setiap hari ada interview di syarikat itu yang berpangkalan di tingkat 18, blok 2A, Plaza Sentral. Mereka hanya mahukan potential investor. Setiap hari mahu update perkembangan terkini. Ada tak orang berminat nak invest dalam forex! Aku pun sedap juga lah goreng si As tu, kata kawan anak Datuk lah, saudara mara kat kampunglah, bajet nak dapat TF! TF tu macam elaun tambahan, umpan baik punyalah kiranya. Kalau anda dapat seorang, anda akan terus dinaikkan pangkat sebagai Manager. Itu semua penipu.

Si As tu harap saja pakai tudung, tetapi menjatuhkan maruah dan mencalar imej orang bertudung. Kau memang ratu propa. Semua ayat dia setiap hari tertulis dalam skrip. Scripted! Mereka dah biasa buat kerja ni. Modus operandinya sama. Putar alam saja. Sudah-sudahlah menipu orang. Aku berjaya menarik semua ahli kumpulan aku agar berhenti. Moga-moga mereka yang dapat offer ke syarikat itu dan yang seangkatan dengannya seperti Elegant Destiny(masing-masing nama tak mahu kalah!) di Menara Ambank, Bangsar pun sama. Tunggu masa saja kena ambush dengan SSM! Kami ada bukti.

Terima kasih tidak terhingga kepada housemate aku, Pian yang memberi petanda awal aku akan kena tipu. Tidak lupa juga Awin(RS GEMS) dan Suzie(Prime House, GEMS) sekaligus menyuruh aku lari dan daftar diri dengan syarikat Kelly Services.

Sudah! Aku ulang-alik ke sana 8 hari saja. Tiada gaji! Habiskan minyak motor, habiskan duit beli lunch yang mahal, habiskan tenaga. Lei Fong lagi kesian, kena bayar parking RM 48 setiap hari. Banyak lagi bukti penipuan mereka tetapi cukuplah sampai di sini. Aku harap pendedahan ini mampu menyelamatkan mereka daripada terus tertipu. Lagi banyak yang tertipu, maka lebih banyak yang menjadi mangsa seperti aku.

Aku telah menjadi mangsanya. Aku mengaku kalah. Aku pasrah. Tetapi ada aku kisah?? Sebab aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ Alhamdulillah. Kelly Services mengaturkan temuduga, bertulis dan oral. Dan kini, aku bekerja dengan VADS. 100% syarikat bawah TM. Aku nampak masa depan aku di sini. Aku nampak potensi aku untuk mengembangkan kareer aku di sini. Alhamdulillah. Bila renung-renung balik. Macam putaran roda, aku kembali ke cerita asal tahun 2008.

sumber dari : http://misisitukangtulis.blogspot.com/2010/02/jadi-mangsa.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 10:11 PM | Show all posts
buatlaa laporan polis jika betul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 11:11 PM | Show all posts
fiona x kena lagi baru pegi interview je.
yg dah terkena memang ramai yg report pun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 12:58 PM | Show all posts
wana pon mcm ada xperience...rasanye 6yrs back kot....pegi satu company kat midvalley, kalo tak silap nama die miracle force...yg interview tuh pompuan melayu n mmg santek..situasi mcm sama kat atas..baeknye interview siap tnye muet bagai...scope pon sama...pendek kate sama la...pastu first day keja, dok layan monitor la, graph2 tuh bagai..hati pon mcm tak best jek..so time lunch sbb sorang, wana trs g bus stop amek cap balik umah ttp phone n tido...wakakak...tak tau la apa jd ngn company tuh skang..hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 03:26 PM | Show all posts
YA ALLAH...nie yg takut ...dah la sekarang mencari keje...tp takut kalau kene mcm tue...ditipu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-1-2011 01:21 PM | Show all posts
Reply 5# newana

nasib baik fiona buat research name company ni lepas interview..
kalu tak mesti fiona pun terkena..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2011 01:32 PM | Show all posts
Reply 6# hippo_gurl

tu la macam2 company dah fiona jumpe.. sebelum ni pegi interview
kate management trainee company advertising.. rupe2nye company direct selling..
kene jadi jurujual promote barang...

dua2 company ni fiona dapat dari iklan kat paper..
tapi kire ok la sebab fiona dapat pengalaman berguna..

sekarang ni  sebelum fiona nak pegi interview fiona buat research betul2 pasal company tu..
ape yang fiona buat :-
--google details pasal company tu. (name, phone no., and alamat)
--sehari sebelum tarikh interview fiona pegi cari company tu,
   bile dah jumpe fiona perhatikan persekitaran ok ke x..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2011 01:34 PM | Show all posts
tq momod teky bagi tacang
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 12:25 AM | Show all posts
Reply 8# shrekfiona


    ooo..ek....kene jadikan iktibar nue...thankz fiona
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 01:59 PM | Show all posts
aku pn pernh kena..lewat 2003...
sejibik mcm cite di ats...
hari2 ada je tmuduga..heran lak aku..
then kena bljr psl saham2 ni....tengk graph..aku dh la basic sains...terkebil2

tp,  kat area KLCC...ntah lupo nma company
tp tmpt tu rsanya dh kena serbu..coz aku bca dlm paper seminggu slps aku berhnti...
knapa berhnti...coz slalu di tanya kitaorang nie...
ada x family @ kwn2 yg dikatakan kaya la..
supya dpt join bnda alah nie

yg x tahan tu..sma2 melayu nk kenakn orang melayu...
hampehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 11:06 AM | Show all posts
Reply 7# shrekfiona

mmg pon....lg2 dr news paper...xpecially iklan yg kecik2 or ada post more then 15vacant....
mmg kena pikir 30kali....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 11:14 AM | Show all posts
Actually banyak kes-kes macam ni dah berlaku dahulu, tapi dulu mereka yg terbabit menggunakan konsep 'melabur dalam saham' (coffee, cotton, etc.). Sekarang mereka kata forex pula. But modus operandi mereka sama saja sebenarnya. Disuruh cari pelanggan/pelabur, gaji tidak ada, hanya mengharapkan komisen dari pelaburan yg dilakukan. Pakaian pekerja2 semua ekslusif, bertali leher dan berkot, tapi most of them sebenarnya tidak ada duit pun dalam poket, hanya bermodalkan penampilan sahaja. Banyak syarikat2 sebegini dah diserbu SSM, nampaknya sekarang mereka bergiat semula. Syarikat2 sebegini sebenarnya sudah boleh ditutup kerana mengambil deposit pelanggan tanpa lesen dari BNM.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 01:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by hanadanisya at 12-10-2011 15:51

yes..aku pun pernah kene dlm around thn 2005/06..wktu tuh br fresh graduated.
syarikat kat Plaza Weld kot kat jln raja chulan..company ape tah name cam melayu skit citra sari something like that...
waste time waste energy, waste money, itu jek yg leh aku ulaskan..
hati2 sume..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 04:36 PM | Show all posts
hehehhee..sama la pernah kena tipu dlm thn 2001..syariakt ni kat bangunan hsbc kat bukit bintang..ari2 kena pakai cantek2..tp sbenarnya hampeh..pas2 g keje ari2 naik bas..penat woo last2 benti keje pasaraya lg bagus..menapak jer x yah nk tunggu2 bas..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 07:51 PM | Show all posts
pe2 hal sblm g inteview mmg kena cari maklumat dlu kat internet.....aku alhmdllh la x penah kena tpu lg sbb aku akan pastikan aku dpt maklumat dlu...kalu x jumpe tu mmg aku anggap company tu menipu.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2011 10:52 PM | Show all posts
Salam...

Aku nak nyampuk gak..ehe...aku pernah kene gak kes camni...tahun 2001...lama gile ye dak...ehe...ofis nya kat blakang Ampark Park...x salah aku Megan mende tah...lupa dah aku...ye ye jer starting gaji 1.8k...1st kene train dulu seminggu...memula dlam 30 org..msk hr ke 3 dah tggl separuh..cukup seminggu tggl 5 org...hampeh betoi...satu habuk pun tadak...rugi masa dan duit...sakit hati aku...die nye point invest gak...invest saham kpoi hape tah...pengalaman aku tu...kat 10 tahun aku msih ingt lagik...adoi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 02:28 PM | Show all posts
Gorgeous Chain....

I penah teman member g interview kat sana. Company bukan main, besar so high class. Even budak yg jaga kaunter depan pun pakai sexy giloss. Ai siap ckp kat member I, best la ko keje tempat best, besar, senang transport. Aku je keje jauh...

nasib baik member ai tak dpt keje tu, kalo tak kesian dia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 01:30 PM | Show all posts
dah kena cekup ke company nih??
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 06:58 PM | Show all posts
siapa pernah kena kelentong, jawatan "management trainee" tapi sebenarnya direct selling kena keluar jual coupon pizza?? ku pernah kena tu.. ofis dia dulu masa ku kena kat bangunan sebelah klcc, tak ingat apa nama tah bangunan tu.. 2 hari je ku datang, hari ketiga, bye bye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.121503 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list