CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1188|Reply: 0

Pogba digantung sementara akibat positif doping

[Copy link]
Post time 12-9-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode

POGBA digantung sementara selepas gagal ujian doping. FOTO FAIL REUTERS

Rom: Pemain tengah Juventus dan Perancis, Paul Pogba digantung sementara selepas ujian doping mengesan peningkatan tahap testosterone, kata badan anti-doping Itali (NADO) kepada AFP, hari ini.

Selepas musim mengerikan akibat masalah kecederaan dan skandal peras ugut, impian pemain 30 tahun itu untuk kembali mencorak kariernya dijejaskan oleh dakwaan doping susulan kemenangan 3-0 Juventus di Udinese pada 20 Ogos, ketika dia hanya memanaskan bangku simpanan.

Isnin lalu, juara Piala Dunia 2018 itu memberitahu Al Jazeera mengenai keinginannya untuk bermain semula selepas tahun sukar yang boleh memusnahkan kariernya.

Namun, sebaliknya berlaku, apabila didapati positif doping.

NADO berkata, Pogba melanggar peraturan anti-doping apabila bahan terlarang 'testosterone metabolites' bukan semula jadi dikesan dalam badannya.

Dalam satu kenyataan, Juventus berkata, Pogba dikenakan hukuman gantung sementara.

"Kelab berhak menimbangkan langkah seterusnya selepas ini," menurut kenyataan itu.

Ujian itu membabitkan sampel A dan jika sampel B turut positif, Pogba berdepan hukuman gantung empat tahun.

Menerusi mesej dihantar kepada AFP, ejen Pogba iaitu Rafaela Pimenta berkata, dia menunggu keputusan sampel kedua dan tidak boleh memberi pendapat sebelum keputusan itu diperoleh.

"Apa yang pasti, Paul Pogba tidak pernah mahu melanggar undang-undang," katanya.

Pogba menyertai semula Juventus pada Julai 2022 dari Manchester United.

Sejak 2012 hingga 2016, dia membantu Juve memenangi empat gelaran Serie A dan dua Piala Itali, selain mara ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2015.

Dia menjadi pemain bintang ketika Perancis menjulang Piala Dunia pada 2018, tetapi musim lalu dia dibelenggu kecederaan dan kes peras ugut membabitkan rakan serta abangnya sendiri.

Dia hanya beraksi 10 perlawanan untuk Juventus musim lalu dan terlepas kempen Piala Dunia Qatar 2022 bersama Perancis. -
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ibat-positif-doping
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.517575 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list