|
Seorang penunggang motosikal cemas selepas motor yang ditunggangnya terbakar di sebuah stesen minyak di Indonesia baru-baru ini.
Difahamkan kejadian itu sebenarnya berlaku di Tlogomas, Malang, Jawa Timur, Indonesia pada 18 Jun lalu.
Memetik CNN Indonesia, punca sebenar motosikal mangsa terbakar kerana tindakannya yang menggoncang motosikal ketika sedang mengisi minyak.
Gambar Hiasan
Dalam video tular tersebut, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Vixion dilihat sedang mengisi minyak sambil mengoyang-goyang tangki motosikalnya.
Ketika kejadian, lampu motosikal tersebut juga kelihatan masih bernyala.
Motosikal itu kemudiannya dilihat tiba-tiba terbakar di bahagian tangki dan mangsa terus melompat meninggalkan motosikalnya.
Namun, kebakaran itu berjaya dikawal kakitangan setesen minyak tersebut dan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
Dalam perkembangan lain, Area Manager Communication, Relations & CSR Pertamina Patra Niaga Regional Jawa Barat, Eko Kristiawan tampil memberi nasihat kepada orang awam untuk tidak menggoyangkan motosikal ketika mengisi minyak.
"Menggoyangkan motosikal sebenarnya tidak mempunyai kelebihan dan tindakan itu yang konon-kononnya untuk mendapatkan lebih minyak atau menghilangkan gas dalam tangki adalah satu mitos.
"Menggoyangkan motosikal atau kereta ketika mengisi minyak sebenarnya dapat mencetuskan kebakaran.-CARI
Sumber: Majoriti
|
|