View: 2279|Reply: 0
|
Awas Selangor, TFC mahu balas dendam
[Copy link]
|
|
Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner tidak sabar menanti pertembungan dengan Selangor Sabtu ini. – Foto NSTP/Ghazali Kori
KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) berpeluang untuk membalas dendam kekalahan di tangan Selangor FC pada separuh akhir Piala Malaysia musim lalu apabila kedua-dua pasukan bertembung lagi hujung minggu ini.
TFC akan melayan kunjungan Selangor pada suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini sebelum bertandang ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi aksi kedua pada 24 September depan.
Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner bagaimanapun meramalkan anak buahnya bakal berdepan tugas getir dalam usaha memburu tiket ke separuh akhir menentang juara Piala Malaysia 33 kali itu.
"Saya jangkakan pertembungan sengit untuk memburu tempat ke separuh akhir kali ini.
"Saya juga ramalkan pertemuan itu akan berlanjutan hingga masa tambahan walaupun kedua-dua pasukan bakal beraksi dalam dua perlawanan.
"Namun kami sudah bersedia sepenuhnya lebih-lebih lagi mendapat rehat mencukui disebabkan liga berehat bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.
"Matlamat kami untuk mencari bekalan pada aksi pertama bagi menambah keyakinan pemain," kata jurulatih berasal dari Croatia itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... c-mahu-balas-dendam |
|
|
|
|
|
|
| |
|