|
Erling Haaland (dua dari kanan) dan Kylian Mbappe (dua dari kiri) dianggap mampu menjadi ikon baharu bola sepak Eropah. - Foto AGENSI
Previous
Next
MANCHESTER: Erling Haaland tidak merasakan yang dia dan Kylian Mbappe akan mengharungi perseteruan seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, tetapi sedar semua orang menjangkakan ia akan berlaku.
Dengan Ronaldo dan Messi di ambang persaraan dengan masing-masing kini berkelana ke Arab Saudi dan Amerika Syarikat, bola sepak Eropah mengharapkan Haaland dan Mbappe untuk menjadi ikon bola sepak baharu.
Penyerang Manchester City itu mengatasi pesaing dari Paris Saint-Germain musim lalu dengan memenangi treble pada tahun pertamanya dalam bola sepak Inggeris, manakala pasukan Mbappe bergelut di pentas Eropah dan masa depannya tidak menentu.
Kedua-dua bintang itu dicalonkan untuk anugerah Ballon d'Or, bagaimanapun Messi dijangka akan memenangi anugerah itu buat kali kelapan selepas membantu Argentina menjuarai Piala Dunia.
"Itu yang semua orang fikir, tetapi anda kena lihat bagaimana Messi dan Cristiano melakukannya.
"Anda juga perlu ingat, mereka masih melakukannya, walaupun semakin berusia. Mereka pemain yang menakjubkan.
"Saya tidak pernah membandingkan diri saya dengan pemain lain, itu bukan cara saya melihatnya. Saya tumpukan pada diri sendiri, cuba menjadi lebih baik setiap hari, menikmati perkara yang saya suka lakukan," kata Haaland. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... eruan-messi-ronaldo |
|