View: 1505|Reply: 0
|
Saham Man United merosot, hutang cecah 1 bilion pound
[Copy link]
|
|
Saham Manchester United merosot selepas pemiliknya, keluarga Glazer mengumumkan mahu mengeluarkan kelab daripada pasaran jualan. - Foto AGENSI
MANCHESTER: Hutang Manchester United mencecah 1 bilion pound (RM5.86 bilion) buat pertama kali dengan ketidakpastian berkenaan pengambilalihan kelab berterusan.
Harga saham United menjunam selepas pemilik, keluarga Glazer, bergelut dengan penjualan kelab.
Nilai kelab kini merosot 600 juta pound (RM3.51 bilion) kepada 3.3 bilion pound (RM19.33 bilion) selepas Glazer pada minggu lalu mengumumkan untuk mengeluarkan United daripada pasaran jualan.
Glazer meletakkan harga 6 bilion pound (RM35.14 bilion) dan mengharapkan bidaan akan mencecah sehingga 10 bilion pound (RM58.66 bilion).
Pembeli berpotensi, Sheikh Jassim dan Jim Ratcliffe masing-masing membuat tawaran hampir dengan nilai diletakkan pemilik United.
Keadaan semakin parah buat United selepas hutang mereka mencecah 1.005 bilion pound (RM5.89 bilion).
Media Inggeris melaporkan, tunggakan bayaran kelab untuk suku ketiga tahun ini melonjak kepada 31 juta pound (RM181.55 juta). - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ecah-1-bilion-pound |
|
|
|
|
|
|
| |
|