View: 5066|Reply: 0
|
Tiada Messi, tiada masalah buat Miami
[Copy link]
|
|
Penyerang Inter Miami, Leonardo Campana menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada babak pertama aksi MLS menentang Sporting Kansas City di Stadium DRV PNK. – Foto REUTERS
FORT LAUDERDALE, Amerika Syarikat: Di sebalik kehilangan khidmat Lionel Messi, Inter Miami menghampiri enam mata ke kedudukan playoff Major League Soccer dengan kemenangan 3-2 ke atas Sporting Kansas City pagi tadi.
Messi seorang daripada lapan pemain Inter Miami yang beraksi dengan pasukan kebangsaan masing-masing, namun pasukan kendalian Gerardo Martino mempamerkan kekuatan mereka apabila meneruskan rentetan tanpa kalah kepada 12 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.
Ketika Miami melonjak dari tangga tercorot Eastern Conference sebelum ketibaan Messi ke tangga kesembilan, mereka sedar tidak boleh melakukan sebarang kesilapan sekalipun mereka bermula langkah kiri.
Penjaga gol Drake Callender gagal menangani percubaan Felipe Gutierrez dan Daniel Salloi menyepak masuk bola muntah.
Miami menyamakan kedudukan pada minit ke-25 menerusi sepakan penalti Leonardo Campana selepas penyerang Ecuador itu dikasari penjaga gol Kansas City, Tim Melia ketika mereka berebut bola tinggi.
Pemain tengah Inter Miami, Sergio Busquets (dua dari kanan) mengawal bola ketika menentang Sporting Kansas City pada aksi MLS di Stadium DRV PNK, Fort Lauderdale, Florida pagi tadi. – Foto AFP
Tidak seperti Messi, Campana tidak dipanggil bagi aksi kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan minggu ini dan dia terbukti berkesan apabila meletakkan pasukannya 2-1 di depan dengan tandukan padu susulan hantaran silang DeAndre Yedlin pada masa kecederaan babak pertama.
Bekas bintang Sepanyol, pemain tengah Sergio Busquets, mencipta gol ketiga apabila dia mempamerkan kehebatannya dengan sepakan percuma pantas dari tengah padang sebelum menemui penyerang Argentina, Facundo Farias.
Farias, seorang daripada trio Amerika Selatan yang dibawa masuk untuk menambah tenaga dan bakat bagi mengiringi bintang veteran pasukan itu, meluru ke arah gol dan menewaskan Melia dengan rembatan padu.
Namun 12 minit sebelum tamat, Sporting mengurangkan defisit dengan gol ke-13 Alan Pudido dalam MLS musim ini, apabila pemain Mexico itu menyambar bola muntah sebelum mengatasi Callender dengan penamat klinikal.
Namun ketika DC United seri 0-0 di laman sendiri dengan San Jose, Mimai kini hanya enam mata di belakang pasukan tangga kesembilan kendalian Wayne Rooney dengan berkelebihan dua perlawanan. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -masalah-buat-miami |
|
|
|
|
|
|
| |
|