CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4832|Reply: 0

"Saya digantung selama sebulan, tapi inilah rezeki Allah"- Faisal Halim

[Copy link]
Post time 10-9-2023 04:40 PM | Show all posts |Read mode

FAISAL Halim ketika meraikan gol pertama menentang China malam tadi. FOTO FB FAM.

Kuala Lumpur: Faisal Halim membuktikan dirinya memiliki semangat 'bak pahlawan melayu' apabila bangkit daripada kekecewaan dengan muncul wira dengan meledak gol ketika mengikat pasukan di ranking 80 dunia China 1-1 dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Phoenix Mountain, di Chengdu, malam tadi.

Jelas Faisal, dia yang sebelum ini digantung selama sebulan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada bulan lalu, membuktikan penggantungan itu bukan halangan untuknya mempamerkan kualiti sebenar di pentas antarabangsa.

Kata pemain Selangor FC itu, dia mengucapkan terima kasih kepada pengendali pasukan negara, Kim Pan-gon yang tidak pernah meragui kemampuannya biarpun tidak dapat beraksi selama sebulan.

"Alhamdulillah selepas saya digantung selama sebulan saya digantung, tapi inilah rezeki Allah. Di mana jurulatih Kim (Pan-gon) memberi peluang kepada saya (berada dalam kesebelasan utama)," katanya selepas aksi itu.

Malaysia yang menghuni tangga ke-136 dunia hampir mengejutkan China apabila berjaya mendahului seawal minit ke-11 menerusi ledakan Faisal yang menerima hantaran Akhyar Rashid.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah yang menerima sokongan padu penyokong sendiri bangkit pada minit ke-36 hasil percubaan Lin Liangming untuk melegakan kem China.

Menurut Faisal lagi, dia mendedikasikan jaringannya kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokongnya dari belakang.

"Ini bukan untuk saya sebenarnya, tapi untuk pasukan saya, untuk rakyat Malaysia. Saya berterima kasih kepada semua yang selalu menyokong saya dan selalu mendoakan saya. Tapi aksi malam ini adalah untuk rakyat Malaysia," kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Kejayaan mengikat pasukan di ranking 100 ke atas dunia itu adalah petanda baik buat skuad Harimau Malaya (ranking 136) yang sedang mempersiapkan pasukan untuk beraksi di Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 November ini, serta pusingan akhir Piala Asia di Qatar pada Januari depan.

"Saya mengharapkan perlawanan selepas ini kita lebih berjaya dan lebih garang untuk beraksi selepas ini, InsyaAllah dan terima kasih," katanya lagi.

Selain mengikat China, skuad negara juga pada Rabu lalu turut bangkit mengikat Syria (ranking 94 dunia) 2-2 yang berlangsung di Chengdu itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -allah-faisal-halim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.041656 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list