View: 832|Reply: 0
|
Kelab Liga Perdana Inggeris paling boros
[Copy link]
|
|
Pembelian tertinggi global adalah oleh Manchester City yang membayar 77 juta pound (RM450.96 juta) untuk pertahanan Croatia, Josko Gvardiol. - Foto AGENSI
LONDON: Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris berbelanja melebihi satu perempat daripada keseluruhan perbelanjaan dunia sepanjang jendela perpindahan musim panas lalu.
Namun jumlah itu tidak termasuk pembelian antara kelab-kelab liga tertinggi Inggeris itu.
Menurut perangkaan rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), kelab-kelab Inggeris membelanjakan 1.6 bilion pound (RM9.37 bilion) untuk menandatangani pemain-pemain dari kelab luar negara.
Pembelian tertinggi adalah oleh Manchester City yang membayar 77 juta pound (RM450.96 juta) untuk pertahanan Croatia, Josko Gvardiol.
Ia diikuti dengan pembelian Rasmus Hojlund oleh Manchester United yang menelan belanja 64 juta pound (RM374.82 juta) dan perpindahan Dominik Szoboszlai ke Liverpool yang bernilai 60 juta pound (RM351.4 juta).
Perbelanjaan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris adalah 26 peratus daripada keseluruhan 5.9 bilion pound (RM34.55 bilion) yang dibelanjakan kelab-kelab lain di seluruh dunia.
Antaranya ialah perpindahan dua bintang England, Jude Bellingham ke Real Madrid dan Harry Kane ke Bayern Munich yang masing-masing bernilai 113 juta pound (RM661.8 juta) dan 100 juta pound (RM585.66 juta).
Namun jumlah perbelanjaan kelab Inggeris tidak termasuk pembelian Moises Caicedo oleh Chelsea yang bernilai 115 juta pound (RM673.51 juta), dan Declan Rice serta Kai Havertz yang menyertai Arsenal.
Kelab-kelab Arab Saudi pula di tempat kedua dengan keseluruhan perbelanjaan mencecah 701 juta pound (RM4.11 bilion), diikuti Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol.
Kelab-kelab Jerman pula mencatat jualan tertinggi dengan keseluruhan 890 juta pound (RM5.21 bilion) diterima pasukan-pasukan Bundesliga. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ggeris-paling-boros |
|
|
|
|
|
|
| |
|