View: 6467|Reply: 14
|
Tertekan Dibuang Kerja Selepas Syarikat Bankrap, Lelaki Terpaksa Ulang Alik Klinik Akibat Kesihatan Mental Merosot
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Gara-gara masalah kewangan yang dihadapi syarikat, seorang lelaki kecewa selepas diberhentikan kerja serta-merta tanpa sebarang notis.
Permasalahan tersebut timbul selepas majikannya menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat luar.
Gambar Hiasan
“Saya dipindahkan ke jabatan syarikat baru itu selepas mereka jalinkan kerjasama. Tetapi pada masa itu, saya juga tidak dapat sebarang kontrak kerja. Pada bulan ke lima bekerja, saya ditarik balik masuk ke syarikat asal.
“Majikan dedahkan bahawa mereka telah ditipu dan syarikat telah kehilangan sejumlah wang. Mereka membuat keputusan untuk memberhentikan saya serta merta kerana tidak ada wang untuk membayar gaji,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Media itu menerusi luahan di media sosial.
Dakwanya, dia baru sahaja tamat belajar pada Februari lalu dan mendapat kerja dengan gaji RM2,500 tetapi hanya dibayar RM2,200.
“Apabila saya tanya kenapa begitu, mereka memberi alasan bahawa saya masih dalam tempoh percubaan, malah gaji pertama saya juga dibayar lewat dua minggu,” tambahnya.
Disebabkan itu, lelaki tersebut juga telah mengalami kesihatan mental yang merosot serta terpaksa berulang-alik ke klinik kesihatan.
Dalam pada itu, dia juga menasihatkan orang ramai supaya dapatkan hitam putih kontrak kerja terlebih dahulu dan lebih baik untuk meninggalkan syarikat jika ada beberapa tanda yang tidak baik. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Syarikat swasta kat tanah ayer ni memang perangai puaka laknat dasar kapitalis ye? Sesenang jah buang gitu jahh org. Taulah org tu fresh grad so boleh buat sesuka hati kepada org tu kann?
Dari awal2 pun nampak mmg syarikat bermasalah. bayo gaji pun tak ikut yg asal, dahlah lambat jugak.
Jangan sbb bangkrap tuh alasan jahh
Semoga abg ni dipermudahkan segala urusan dan diberikan kerja yg lebih baik drpd ni. Insya Allah |
|
|
|
|
|
|
|
antikorok: Syarikat swasta kat tanah ayer ni memang perangai puaka laknat dasar kapitalis ye? Sesenang jah buang gitu jahh org. Taulah org tu fresh grad so boleh ...
i dulu mangsa juga tahun 2009. sampai sekarang i tak keje bawah orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lah bru je grad bulan feb lepastu dh stress ??? Adoi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian iols tgk fresh graduate dilayan skang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam offer letter kan ada sebut. Berapa bulan notis company boleh kasik. Agaknya ada la tu dalam tu tulis. Ko je tak baca dik, tak pun gelojoh sangat kerja tapi takde offer letter |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 8-9-2023 10:12 PM
fresh graduate kerja kena byk bljr sepak terajang dunia pekerjaan |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup ni keras dik. Adik Tau knp adik di buang keje? Sbb boleh dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
lemah nyer ko dik...dah lah ko tu lelaki...mcm mana nak jaga family sendiri nanti...ada org bertahun tak dpt kerja....sementara nak dpt kerja, diorg buat kerja2 mcm grab jer dulu...elok jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm tu le pekerja kilang raser dek. Hidup ni satu perjuangan tak boleh putus asa. Mungkin rezeki kt tempat lain.. hidup sekarang mental kena kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingatkan dah bertahun keje skali tu kene buang. Rupenye fresh grad. Ko baca ke tak dik kontrak ko tu? Setau aku pun skrang ni suma swasta ada potong eis. Kalau ko kene buang ko bleh claim elaun hilang keje sampai 6 bln. Tp tu la kan kot-kot la company dia ni mmg btul2 scammer. Majikan zaman skrang dasar kapitalis |
|
|
|
|
|
|
|
agak bersetuju dgn pernyataan ni bukan sahaja utk fresh graduate tetapi sesiapa pun...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkn urusN dik |
|
|
|
|
|
|
| |
|