View: 1593|Reply: 0
|
Terry bakal pengurus Al Shabab
[Copy link]
|
|
TERRY ketika berkunjung ke Malaysia pada Julai 2013. FOTO Hasriyasyah Sabudin
London: Legenda Chelsea John Terry dilapor semakin hampir memuktamadkan perjanjian untuk menjadi pengurus di Liga Profesional Saudi.
Terry dianggap antara pemain pertahanan paling sempurna pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dia tampil lebih 700 perlawanan untuk kelab Stamford Bridge itu dan turut menerajui kelab meraih gelaran EPL dan Liga Juara-Juara.
Sejak bersara Terry terbabit dalam bidang kejurulatihan di Aston Villa dan Leicester City sebagai penolong pengurus kepada Dean Smith.
Bekas kapten England itu turut bekerja sebagai penasihat di akademi Chelsea dan dia kini dilapor semakin hampir dilantik menjadi pengurus buat kali pertama dalam kariernya.
Menurut The Sun, Terry semakin hampir menyertai Al Shabab FC di Arab Saudi selepas dihubungi kelab itu bulan lalu dan ditawarkan kontrak sekurang-kurangnya dua tahun.
Walaupun Al Shabab bukan pasukan gergasi di Liga Pro Saudi, mereka mempunyai cita-cita besar dan mahu membawa masuk legenda England itu untuk memperkasakan cabaran.
Jika perjanjian itu dimuktamadkan, dia akan menyertai bekas rakan sepasukan England Steven Gerrard yang menjadi pengurus di Timur Tengah.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -pengurus-al-shabab |
|
|
|
|
|
|
| |
|