CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4672|Reply: 9

Ryzal Durian Kimchi Dakwa Ditipu Kes Jual Beli Tanah Bernilai Lebih RM500,000

[Copy link]
Post time 6-9-2023 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Ryzal Durian Kimchi mendakwa ditipu berkait satu perjanjian jual beli melibatkan sebidang tanah di Kelantan yang bernilai lebih RM500,000.


Pempengaruh media sosial berusia 31 tahun itu berkata, pelanggaran perjanjian itu berlaku melibatkan seorang individu lelaki berusia 50-an yang juga berasal dari negeri sama ke atas tanah milik kepada ahli keluarga lelaki itu.


Katanya, pada 26 November 2020, perjanjian yang dibuat atas nama adik perempuan Ryzal ditandatangani bagi tanah lot di mukim Padang Enggang di sini dengan harga RM40,000.


Foto: IG




“Mengikut perjanjian, tanah itu sepatutnya menjadi milik kami tetapi semasa itu Covid-19 melanda menyebabkan urusan menukar hak milik tanah tidak dapat dilakukan walaupun selepas tamat enam bulan. Dia ada berjanji nak bayar semula RM40,000 itu, tapi hanya membayar RM10,000 sahaja.


“Apabila keadaan pandemik reda, semakan yang dibuat di Pejabat Tanah Jajahan Kota Bharu bagaimanapun mengejutkan kerana hartanah tersebut sudah berpindah milik kepada nama orang lain,” katanya kepada Sinar Harian.




  



Menurut Ryzal, beberapa kali rundingan cuba dibuat dengan individu itu kerana melanggar perjanjian tersebut namun gagal.


Katanya, bayaran RM10,000 yang dibuat lelaki itu pada tahun 2021 tersebut hanya selepas didesak dan kemudian tidak ada lagi bayaran dibuat selepas itu menyebabkannya melantik peguam, Nik Saiful Adli Burhan dari Tetuan Irmohizan Rosley dan Nik Adli bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM40,000.


  



“Semasa masih menetap di Korea, beberapa kali kami terpaksa pulang ke Malaysia dan Kelantan untuk menyelesaikan urusan ini. Semua itu terutama pengangkutan melibatkan kos yang besar. -CARI


Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2023 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols ni mcm rogayah bottom
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap x paham cite ni…kata jual beli tanah bernilai rm500k. Tapi bayar rm40k
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez: Jap x paham cite ni…kata jual ...
harga hartanah tu 500k. Heols cuma bayar 40k kt org tu. Dh return 10k so rugi 30k.

Nk ckp padan muka boleh sb heols dlo Pon berlagak sgt hina b40.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bottompro replied at 6-9-2023 06:07 PM
Heols ni mcm rogayah bottom

Hidung dia original ke? Wife dia tu tayah tanya dah culture korean mmg cosmetic procedures ibarat beli skincare n mekap je zaman remaja sekolah dah boleh buat
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 6-9-2023 09:40 PM
Hidung dia original ke? Wife dia tu tayah tanya dah culture korean mmg cosmetic procedures ibarat  ...

Rasanya original.  Typical hidung jambu kembang kelate. Hahahahhaha. Tp gaya sheols feminin
Geli pulak tgok. Dgn pendek chubby, acah2 high fashion.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2023 10:05 AM | Show all posts
buka kata

padan muka

tutup kata
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 10:55 AM | Show all posts
Tu la dulu kemain kutuk B40 buang rantai henpon masuk tong sampah kan dah mendapat.. tu la kebanyakan infleuncer ni hidup depa indah khabar dari rupa jahhh.. ekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2023 11:52 AM | Show all posts
buruknya baju pink tuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 02:49 PM | Show all posts
baju pink tu ***ahhh my eyes!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.899904 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list