CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 937|Reply: 0

Norris masih beri komitmen tinggi buat McLaren

[Copy link]
Post time 19-8-2023 01:25 PM | Show all posts |Read mode

NORRIS (kiri) dikaitkan dengan Ferrari untuk saingan musim depan. FOTO AFP

London: Di tengah-tengah spekulasi bahawa dia mungkin mengintai perpindahan ke Ferrari apabila kontraknya tamat selepas musim 2025, Lando Norris berkata dia 'masih memberikan segala yang boleh' kepada pasukannya, McLaren.

Norris, 25, sekarang ini menduduki tempat kelapan keseluruhan selepas mengumpul 69 mata.

Dia unggul dengan kelebihan 22 mata di hadapan Lance Stroll dari Aston Martin namun masih ketinggalan 13 mata di belakang pelumba Ferrari, Carlos Sainz.

Bagaimanapun, terdapat kemajuan yang jelas dipamerkannya bersama jentera MCL60 McLaren, termasuk muncul naib juara berturut-turut di England dan Hungary.

Norris menyatakan kekecewaan pada awal musim berikutan peningkatan perlahan yang dicapai oleh McLaren bagi merapatkan jurang di hadapan grid dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Walaupun pasukan itu kukuh di tempat keempat kedudukan pengeluar tahun ini, McLaren masih 82 mata di belakang Ferrari dan ketinggalan 93 mata dengan Aston Martin.

Norris baru-baru ini memberitahu Motorsport.com bahawa isu perlahan di selekoh menghantui mereka sejak lima tahun lalu dan tidak ditangani dengan baik.

Dia menyalahkan aerodinamik sebagai penyebabnya, dengan Norris meragui bahawa McLaren boleh bersaing dengan Red Bulls yang dominan walaupun dengan muatan yang sama.

"Saya tidak fikir ia hanya perlu dilihat dari sudut aerodinamik tetapi juga secara mekanikal dan menghasilkan sedikit helah seperti yang dilakukan pasukan lain," katanya.

Lebih tepat lagi, Norris baru-baru ini berkata bahawa MCL60 bukannya jentera yang dia suka memandu.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tinggi-buat-mclaren
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.047874 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list