CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 902|Reply: 0

F1: Ferrari mula bina jentera 2024

[Copy link]
Post time 19-8-2023 12:45 PM | Show all posts |Read mode

JENTERA SF-23 milik Ferrari musim ini belum mampu meletakkan mereka dalam persaingan merebut kejuaraan. - AFP

LONDON – Pasukan Ferrari dilihat mula mengalih tumpuan serius pada pembangunan jentera 2024 terutama bagi mengelakkan berdepan masalah yang serupa musim ini.

Prinsipal Ferrari, Fred Vasseur menegaskan bahawa pembangunan jentera 2024 mereka masih dalam peringkat asas, tetapi menunjukkan tanda positif menerusi ujian simulator .

Disebabkan itu, Ferrari telah menghentikan pembangunan jentera SF-23 dan pasukan berpangkalan di Maranello itu fokus pada musim depan walaupun reka bentuk kereta itu masih di peringkat awal.

“Untuk musim ini kami menghentikan pembangunan dalam terowong angin pada akhir Julai lalu, tetapi kami mempunyai bahagian yang telah diluluskan dan dalam kerja-kerja yang akan kami bawa ke Qatar atau di Austin nanti.

“Untuk konsep jentera 2024, kami masih belum membuat sebarang keputusan. Ketika ini projek pembangunan berjalan dengan baik dan berada tahap maksimum.

“Kami perlu berfikir secara berbeza, agar pelumba boleh memandu tanpa berdepan sebarang kekangan atau bergelut di laluan lurus.

“Perjalanan perlumbaan F1 musim ini masih berjalan dan kami juga perlu bersedia untuk melakukan persiapan perlumbaan pembukaan di Bahrain pada Mac nanti. Apapun, kami masih mempunyai banyak masa lagi,” katanya.

Menurut laporan sebelum ini, Ferrari dikatakan berjaya membangunkan jentera lebih pantas berbanding musim ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... -bina-jentera-2024/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 1.870175 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list