CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1510|Reply: 0

Ada peluang Ferrari pikat Hamilton

[Copy link]
Post time 16-8-2023 09:34 AM | Show all posts |Read mode

LEWIS Hamilton. FOTO AFP

London: Bos pasukan Ferrari, Fred Vasseur berkongsi kisah persahabatannya dengan Lewis Hamilton ketika semua pihak di Formula Satu (F1) menunggu juara dunia tujuh kali itu menandatangani kontrak baharu bersama Mercedes.

Hamilton memenangi kejuaraan Formula Tiga (F1) dan GP2 bersama pasukan ART Vasseur pada 2005 dan 2006 sebelum membuat penampilan pertama yang menakjubkan di Formula Satu dengan McLaren pada 2007.

"Saya bercakap dengannya di setiap perlumbaan, dia berlumba untuk saya 20 tahun lalu dan kami masih rapat," kata Vasseur, yang menyertai Ferrari pada Januari lalu, memberitahu akhbar Itali, Gazzetta dello Sport.

"Jelas sekali, jika mereka (media) melihat kami bersama, ia mula kecoh, tetapi hubungan itu kekal sama. Saya tidak mahu membandingkannya dengan pemandu kami kerana ia tidak masuk akal," katanya lagi.

Hamilton, 38, dikaitkan dengan perpindahan ke Ferrari awal tahun ini tetapi pemandu Britain itu jelas mahu kekal di Mercedes.

Vasseur berkata, pemandu Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz boleh melakukan yang lebih baik, begitu juga pasukan secara keseluruhannya pada musim yang begitu memberangsangkan.

Red Bull sudah memenangi setiap perlumbaan dan Ferrari berada di tempat keempat keseluruhan, dengan hanya tiga penamat podium menerusi Leclerc.

"Charles tidak menjangkakan musim seperti ini dan pada mulanya dia berusaha lebih daripada sepatutnya. Kini dia nampaknya lebih tenang," kata Vasseur.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rari-pikat-hamilton
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.490227 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list