CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3458|Reply: 3

[Politik] PRN: Usaha tukar kerajaan Persekutuan masih boleh berlaku - Abdul Hadi

[Copy link]
Post time 13-8-2023 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Abdul Hadi berkata, meskipun PN tidak memenangi tiga negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, namun gabungan tersebut telah memperoleh banyak kerusi pada PRN ini. - Gambar/ Sinar Harian

MARANG: Usaha menukar kerajaan Persekutuan boleh berlaku walaupun Perikatan Nasional (PN) hanya memenangi pilihan raya negeri (PRN) di tiga negeri.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, meskipun PN tidak memenangi tiga negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, namun gabungan tersebut telah memperoleh banyak kerusi pada PRN ini.
"Walau tak menang, banyak kerusi kita dapat. Ini berlaku lonjakan baharu dan akan beri perubahan (kerajaan bertukar).


"Maknanya menunjukkan sokongan kepada PH merosot. Kita dapati peratus undi yang merosot ini menunjukkan protes undi pada PH," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan PRN oleh Pas Terengganu di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila di sini pada malam Sabtu.

Pada 9 Ogos lepas, Abdul Hadi menyatakan kemenangan PN di enam PRN pada 12 Ogos memungkinkan berlakunya perubahan kepada kerajaan pusat.
Abdul Hadi mendakwa, kemungkinan itu berlaku dengan mengambil kira terdapat ahli Parlimen daripada UMNO serta dari Sabah dan Sarawak akan menyokong gabungan tersebut nanti.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, perubahan menukar kerajaan boleh berlaku memandangkan negeri terlibat merupakan kerajaan campuran termasuk ada parti politik yang mengalami krisis dalaman parti.

Beliau juga mendakwa ahli Parlimen dari Barisan Nasional serta Sabah dan Sarawak menunjukkan rasa kurang selesa berada dalam kerajaan sedia ada.
"Mereka seperti jadi pembangkang dalam kerajaan dan itu yang berlaku. Keadaan ini kita harap akan memberi perubahan untuk mendukung pada kita mendapat majoriti sehingga dapat ambil alih kerajaan.

"Ini amalan biasa dalam demokrasi. Undi tak percaya, ambil akuan bersumpah (SD) dan sebagainya, ia boleh berlaku," jelasnya. - Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Akta Anti Lompat Parti tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 01:43 PM | Show all posts
xperlu kut nak runtuhkan kerajaan pusat. melainkan memang ada skandal mcm 1mdb.

baik fokus jaga negeri masing2 dan jaga ekonomi rakyat. rakyat nak result bukan nak kau orang menang hari ni takde result terus nak jadi gov pusat..

track rekod dulu pun jadi duta tengah tak nampak apa result hasil. duk buat lantikan2.  baik tunjukkan sikap tu dh berubah dan fokus jaga rakyat negeri.

4 tahun ni rakyat nak aman damai xnak busy dengan politik. pergi buat kerja masing2.

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 13-8-2023 01:43 PM
xperlu kut nak runtuhkan kerajaan pusat. melainkan memang ada skandal mcm 1mdb.

baik fokus jaga neg ...

Masa dia jadi duta dulu ada hasil nya kaka.. cuba follow media sosial dia

Tapi tak ditonjolkan, biasalah

Masa tu pun kobid.. lepas dah ok baru dia ke timur tengah
Masa kobid dia hanya jumpa duta2 timur tengah yang di malaysia sahaja

Ada dikeluarkan juga hasil dia jadi duta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.065566 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list