|
"Saya mula menonton ketika usia saya 11 tahun."
Billie Eilish membuat pengakuan kontroversi mengenai masalah ketagihannya menonton porno seawal usia 11 tahun.
Akui penyanyi itu, akibat menonton bahan lucah, otaknya kini rosak selain sering mendapat mimpi buruk.
IG
“Saya rasa pornografi merupakan satu hal yang memalukan. Jujurnya, dulu saya sering menonton filem porno…
“Pornografi benar-benar menghancurkan otak saya, dan saya berasa sangat ‘hancur’ kerana sering menonton kandungan seperti itu,” katanya menerusi The Howard Stern Show.
Dipetik daripada detikhealth, ketagihan bahan lucah adalah ketagihan yang paling sukar untuk dirawat, kerana ketagihan ini menyerang 'jantung' manusia. Hal ini kerana, seksualiti merupakan pemacu utama dari hal-hal kepentingan manusia.
"ornografi ialah racun yang sempurna," kata Gordon S. Bruin M.A., L.P.C, pengasas dan presiden InnerGold Counseling Services Inc., seperti yang dilaporkan oleh HubPages.
IG
Pada asasnya, satu-satunya perbezaan antara ketagihan dadah dan pornografi ialah, cara ia memasuki sistem. Otak bertindak balas terhadap maklumat yang diterima melalui mata lebih cepat berbanding daripada sumber lain.
Maklumat visual diproses dalam sistem limbik dalam nanosaat. Disebabkan ini kenapa ketagihan menonton kandungan lucah adalah masalah besar. Maklumat visual diproses lebih cepat daripada maklumat deria lain.
Sumber: Gempak |
|