View: 1684|Reply: 1
|
Mulut Britney Spears berbau busuk
[Copy link]
|
|
Mulut Britney Spears berbau busuk
BRITNEY SPEARS
BINTANG pop terkenal dunia, Britney Spears disenaraikan sebagai antara selebriti Hollywood yang memiliki bau mulut paling busuk.
Perkara tersebut didedahkan portal hiburan, PopCrush.
Dalam laporan portal berkenaan, penyanyi berusia 41 tahun itu dikatakan mempunyai masalah nafas berbau kerana mengamalkan diet tidak sihat.
“Spears mempunyai masalah bau mulut kerana menjalani diet ekstrem untuk memastikan penampilannya kelihatan sempurna di hadapan kamera.
“Dia memiliki bentuk tubuh menawan, namun orang di sekelilingnya sering mengeluh kerana mulutnya berbau,” kata laporan tersebut.
Sumber terdekat pelantun lagu Toxic itu memberitahu, mulut Spears akan kembali berbau walaupun selepas 10 minit selepas selesai memberus gigi.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... pears-berbau-busuk/
|
|
|
|
|
|
|
|
nmpk tua dah akak britney dlm gmbr tu. dia kena selalu chew on mints kot utk kekalkan nafas berbau segar (mcm iklan lak ayat ni) |
|
|
|
|
|
|
| |
|