View: 173|Reply: 0
|
Anak rindu ibu berjuang di Piala Dunia
[Copy link]
|
|
Anak rindu ibu berjuang di Piala Dunia
CHEYNA (kiri) sering ditanya oleh anaknya kenapa pergi terlalu lama meninggalkan mereka. FOTO AFP
Sydney: Pemain Piala Dunia Wanita Jamaica, Cheyna Matthews menangis apabila dia mengenangkan salah seorang daripada tiga anak lelakinya berkata: 'Mengapa kamu selalu pergi begitu lama?'
Bagaimanapun, beberapa pemain di kejohanan yang berlangsung di Australia dan New Zealand menemui penyelesaian kebimbangan berpisah dengan anak-anak mereka selama berminggu-minggu - dengan membawa mereka bersama.
Pemain tengah, Melanie Leupolz membawa anak lelaki dan pengasuh ke kejohanan yang akan berlangsung sebulan jika pasukan Jerman memenuhi jangkaan dengan mara ke final di Sydney pada 20 Ogos.
Melanie meninggalkan anaknya dengan pengasuhnya selama dua hari di pangkalan pasukan di utara Sydney tatkala pasukan itu terbang ke Melbourne, di mana mereka membuka kempen dengan membelasah Maghribi 6-0.
"Ia agak mencabar. Ia meletihkan dan menggunakan banyak tenaga," kata pemain Chelsea berusia 29 tahun itu dalam temu bual dengan penyiar DAZN.
"Saya ingin menunjukkan kepada pemain wanita lain, anda boleh melakukan kedua-duanya. Itu yang mendorong saya."
Dalam temu bual yang disiarkan minggu ini oleh badan induk bola sepak Persekutuan Bolasepak Dunia (Fifa), Cheyna dan rakan sepasukannya dari Jamaica, Konya Plummer dilihat ketawa sambil melihat video anak-anak mereka.
Bagaimanapun, dalam kegembiraan mereka juga menitiskan air mata.
"Sebab saya sangat terdesak untuk bermain bola sepak adalah kerana mahu anak saya tahu erti kekuatan," kata Konya, yang mempunyai seorang bayi lelaki.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uang-di-piala-dunia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|